Sunday, March 23, 2014

MH370: Kemungkinan Besar Masalah Struktural

Masalah struktural yang menyelubungi B777, sepertimana dinyatakan FAA Amerika (Federal Aviation Administration)  beberapa bulan sebelum pesawat MH370 hilang secara misteri mungkin menyumbangkan kepada kehilangan pesawat penerbangan Malaysia itu.

Rekahan dan karat terhadap panel fuselage pesawat itu, boleh menyebabkan pesawat pecah dan akan berlaku kemalangan udara akibat turunnya secara mendadak tekanan dalam kabin pesawat.

Pendedahan berkaitan amaran FAA itu, dikeluarkan sebaik sahaja kehilangan pesawat MH370 yang mana sehingga kini masih misteri.
 
Apabila belaku masalah struktural, kabin dan kokpit pesawat secara tiba-tiba kehilangan bekalan oksigen, selain itu boleh menyebabkan peralatan tidak berfungsi.
 
Pesawat MH370, dikesan kali terakhir pada 2.40 pagi Sabtu 8 Mac di utara Pulau Pinang,dan kini dipercayai terbang ke arah selatan, sekurangnya 5 jam selepas hilang daripada radar. Enjin pesawat menunjukan isyarat blips/pings sehingga 8.11 pagi 8 Mac.
 
Apa kah masalah struktural menyumbang kepada kehilangan pesawat MH370? Kebarangkalian itu ada, atas faktor, jika berlaku masalah itu, kabin dan kokpit, kehilangan bekalan oksigen, pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut, dengan suhu yang memasuki pesawat dengan ketiadaan oksigen, maka sesiapapun akan knock out.
 
Sebelum Pilot dan co-pilot knock out,  antara seorang berjaya memasukan kod pada komputer navigasi untuk berpatah balik, adalah usaha terakhir pilot/co pilot untuk kembali ke KLIA, namun belumpun sempat bertindak, samaada membuat panggilan kecemasan, sudah jatuh pingsan. Keadaan ini, disokong oleh pergerakaan pesawat yang menanjak sehingga 45,000 kaki kemudian turun 23,000 kaki sebelum stabil pada ketinggian 35,000 kaki, dan terus terbang, sehingga kehabisan minyak lalu terhempas. Apabila pesawat dalam auto pilot, komputer mampu menstabilkan pesawat dan akan terbang sesuai dengan ketinggian dan kelajuan sepertimana yang diprogramkan dalam komputer navigasi.

Kehilangan pesawat MH370, bukanlah disengajakan, namun ianya merupakan satu kemalangan yang disumbangkan oleh masalah pesawat itu sendiri.

No comments:

Blog Archive