Sunday, December 08, 2013

Apa Hak Lim Guan Eng Bercakap soal Umno

Umno ditubuhkan memang untuk kaum melayu. Sebabnya kaum yang terbesar dalam negara adalah melayu. Negara juga, disebut Tanah Melayu. Apa hak Lim Guan Eng bercakap soal Umno? Apa hak beliau mempersoalkan Umno memperjuangkan hak melayu.

Kalau Najib memperkatakan, bahawa perjuangan Mandela hampir sama dengan perjuangan Umno, memang berasaspun, kerana sama-sama memperjuangkan suara majoriti.

Mandela meringkuk dalam penjara selama 27 tahun, kerana memperjuangkan hak majoriti yang ditindas, Umno juga memperjuangkan melayu dan seluruh rakyat semasa menuntut kemerdekaan daripada British; apa bezanya dengan perjuangan Mandela?

Mandela dibebaskan sebelum tahun 1994 dan menjadi Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994, melalui partinya ANC.

Mandela menjadi Presiden bagi pihak rakyat majoriti dan sekaligus kepada seluruh rakyat Afrika Selatan termasuk yang minoriti.

Demikian juga Umno, walaupun Umno mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak setiap kali pilihanraya umum, namun kerana menganggap perkongkisan kuasa dalam negara yang berbilang kaum adalah satu cara mengwujudkan hubungan antara kaum, maka Umno senantiasa berkongsi kuasa.

Dalam mengisi kemerdekaan, telah diwujudkan parti perikatan iaitu yang mengambung antara kaum dan kemudian ditukar kepada barisan nasional.

Sejak Merdeka, sehingga kini, Bn dengan tulang belakang Parti Umno tetap mengamalkan perkongsian kuasa, walaupun MCA dan Gerakan secara sukarela tidak mahu menyertai kabinet persekutuan.

Sejak Merdeka, kecuali pilihanraya tahun 1969, sokongan kaum cina tidak menyebelahi Parikatan ( kini dikenali sebagai barisan nasional), dan keadaan itu berulang pada tahun 2008 dan semakin menjadi-jadi pada tahun 2013.

Politik DAP yang bersifat perkauman yang sungguh tebal, menyebabkan kaum cina mula menyokong parti itu, dan kini majoriiti kawasan cina diwakili DAP, walaupun MCA masih memempunyai kerusi akan tetapi di kawasan campuran, demikian juga Gerakan.

Trend sokongan kaum terhadap parti-parti di negara ini, kini semakin jelas, kaum melayu berpihak kepada Umno, manakala cina berpihak kepada DAP, manakala kaum India, masih dianggap 50-50 antara parti-parti dalam barisan nasional, dan Pakatan Rakyat.

Polarisasi antara kaum sejak tahun 2008, semakin ketara sekarang, di mana kaum cina tidak lagi terikat dengan asas ikatan melalui barisan nasional, akan tetapi telah menampakan diri menolak perkongsian kuasa.

Keadaan sekarang sebenarnya, adalah perjuangan asas DAP sejak penubuhannya pada tahun 1966; dan melalui dua PRU, ternyata perjuangan mereka menemui kejayaan.

Sebenarnya, apa yang berlaku sejak PRU 2008 dan PRU 2013, kaum melayu yang menolak Umno terlupa, bahawa mereka terpengaruh dengan agenda DAP yang beraja di mata dan beraja dihati. Sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat, dengan mememangkan calon-calon DAP, seperti kata orang, ambil pemukul dengan memukul kepala sendiri.

Kaum melayu seharusnya sedar, bahawa menyokong Pakatan Rakyat melalui parti PAS dan PKR sebenarnya bukan menguntungkan dua parti itu, sebaliknya menguntungkan DAP dan kaum cina pelampau.

Sebagai contoh, pada PRU-13 lalu, walaupun PKR dan PAS bertanding lebih kerusi berbanding DAP, tetapi DAP menang 40, manakala PKR 28 dan PAS 21. Dengan angka-angka ini, seharusnya kaum melayu perlu mengambil iktibar, bahawa sokongan mereka terhadap pakatan rakyat, sememangnya menguntungkan DAP.

Atas prinsip inilah, mungkin salah satu cara untuk tetap mempengharui kaum melayu yang menyokong pakatan rakyat, maka apa sahaja kebijaksanaan Umno, maka pemimpin seperti Lim Guan Eng terus mengambil kesempatan demi memelihara sokongan kepada DAP.

No comments:

Blog Archive