Wednesday, October 23, 2013

Tuduhan Bung Moktar Serius

BUNG MOKTAR RADIN melenting, kerana dicabar pada pemilihan Ketua Bahagian Kinabatangan pada pemilihan parti 19 Oktober lalu. Beliau dicabar oleh ADUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman.

Pada pertandingan satu lawan satu itu, Bung mendapat 494 undi manakala Saddi 394 undi. 

Pada ucapan penangguhann beliau selepas diistiharkan menang, MP Kinabatangan itu membayangkan akan melepaskan jawatan ketua bahagian Kinabatangan, kerana wujudnya berbagai puak dalam bahagian itu.

Selain itu, Bung membuat tuduhan bahawa ada usaha pemimpin tertinggi Umno negeri untuk mengalahkan beliau, dan menuduh Saddi adalah tajaan pemimpin tertentu itu. Bagaimanapun Bung, tidak menyebut siapa pemimpin itu.

Umno Sabah diterajui Oleh Datuk Seri Musa Haji Aman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, dan Datuk Salleh Tun Said sebagai Timbalan. Siapa kah antara dua pemimpin utama Sabah yang dimaksudkan Bung? 

Sementara itu, dalam satu kenyataan Datuk Saddi Abdul Rahman menafikan dakwaan Bung itu, sebaliknya beliau berkata, bahawa bertanding Jawatan Ketua Bahagian adalah keputusannya sendiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Menurut ADUN Sukau itu, tindakan beliau semata-mata menyahut transformasi dalam parti. Selain itu, katanya, tindakan beliau bertanding adalah semata-mata menawarkan perkhidmatan kepada parti, selain memberi alternatif kepada perwakilan, siapa yang wajar mengetuai Bahagian untuk membawa transformasi dalam parti.

Bung yang memeggang jawatan Ketua Bahagian sejak tahun 1994, dan tidak pernah dicabar sebelum ini, walaupun menang dengan majoriti 100 undi telah mengeluarkan tuduhan yang menyalahkan pihak-pihak tertentu kononnya mengutus Saddi untuk mengalahkannya.

Selepas keputusan itu, dalam Facebook beliau, MP Kinabatangan itu ada menulis, 

Saya tidak tahu apa lagi ahli2 UMNO kinabatangan mahu, saya dah cukup berjuang utk membangunkan rakyat dan kinabatangan tapi msh ramai yg memilih WANG RINGGIT tanpa perlu memikirkan soal masa depan rakyat kinabatangan..banyak yg menggadai maruah tanpa segan silu kerana mengajar imbuhan..di sini saya ingin menyatakan tabi hormat saya kpd ahli2 dan pemimpin di cawangan yg tetap setia dgn perjuangan dan mengekalkan maruah dari dari pada di jual beli, mungkin satu hari ada pemimpin yg tidak perlu berkerja utk rakyat dan tak perlu turun padang cuma perlu datang membawa RM sahaj dan mungkin ini yg kita mahu..biar rakyat menderita yg penting dapat habuan lima tahun sekali.

Dalam perkembangan lain, keputusan Bung melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian belum muktamad lagi, kerana beliau akan bertemu terlebih dahulu dengan Presiden Parti.

Pada pemilihan Ahli Majlis Tertinggi, Bung berjaya mempertahankan jawatan dengan menduduki nombor 22 dengan 104 undi electoral college akan tetapi menduduki urutan ke-20 melalui undi popular dengan jumlah undi 52,432.

No comments:

Blog Archive