SALAH seorang calon Naib Presiden Umno yang juga penyandang jawatan itu- Datuk Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa terdapatnya desakan mengekalkan tiga penyandang semasa pemilihan parti pada 19 Oktober ini.
Tiga calon baru bagi jawatan itu- Menteri Besar Kedah- Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Mantan Naib Presiden- Datuk Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad.
Sementara tiga penyandang selain Zahid sendiri adalah Datuk Hishamuddin Tun Hussien dan Datuk Shafie Apdal.
Perebutan kerusi Naib Presiden dilihat sebagai panas, berikutan ikut sertanya Mukhriz.
Mukhriz dilihat mempunyai peluang menang, memandangkan beliau adalah aspirasi generasi pelapis dalam parti.
Berasaskan bancian blog ini (kiri atas)- untuk sementara- Mukhriz berada di hadapan diikuti Zahid sementara Shafie berkedudukan ketiga.
Datuk Ali Rustam mengatasi dua calon lain, termasuk Hishamuddin.
No comments:
Post a Comment