Tuesday, October 01, 2013

Boleh Menang Kah Mukhriz?

WALAUPUN pemilihan dalam UMNO adalah medan bagi menonjolkan pemimpin dan bakat-bakat baru, namun melalui pemilihan itu timbul berbagai persaingan antara satu pemimpin dengan lainnya, antara satu kumpulan dengan kumpulan lainnya.

Tidak dapat dielak persaingan itu, misalnya pada tahun 1993, wujudnya kumpulan wawasan dalam perebutan seluruh jawatan dalam parti; dan yang paling hangat adalah perebutan kedudukan Naib Presiden.

Kekuatan berkumpulan dalam sebarang pertandingan sungguh berkesan, atas sebab itu, pada pemilihan tahun itu, Datuk Abdullah Badawi berjaya disingkir oleh kumpulan wawasan.

Pada pemilihan kali ini, walaupun tidak ketara, masih wujudnya kumpulan, terutama dalam perebutan kedudukan Naib Presiden. Walaupun kewujudan berkumpulan itu dinafikan oleh tiga penyandang jawatan itu.

Ada setengah pihak, malah memberi tomahan, kononnya kemasukan Mukhriz dalam pertandingan Naib Presiden, adalah untuk memertambatkan legasi Mahathir. 

Seharusnya tomahan ini, tidak berlaku, kerana sejarah menunjukkan bahawa dua pemimpin kanan dalam parti sekarang adalah anak mantan-mantan Perdana Menteri.

Najib adalah anak Perdana Menteri kedua negara, manakala Hishamuddin anak Perdana Menteri ketiga negara. 

Kenapa kah tidak timbul legasi Tun Razak melalui Najib? atau legasi Tun Hussien melalui Hishamuddin?Mengapa Mukhriz dituduh untuk membangkitkan legasi Tun Mahathir? 

Apa kah kebangkitan anak-anak Perdana Menteri itu, selepas ayah mereka sudah tiada? Apa bezanya dengan Mahathir? beliau bukan lagi Perdana Menteri Malaysia, atau memegang sebarang jawatan dalam parti.

Ada yang mengatakan bahawa kemasukan Mukhriz dalam pertandingan Naib Presiden adalah satu perancangan peringkat tertinggi. Tujuan kemasukan beliau itu, adalah untuk membuka jalan bagi beliau menerajui kepimpinan negara.

Salah kah Mukhriz kalau suatu hari nanti menjadi Presiden Umno dan kemudiannya menjadi Perdana Malaysia?

Setiap pemimpin mempunyai masanya untuk naik ke puncak, demikian juga Mukhriz. Kita tidak menghalang, jika fitrah Mukhriz menjadi Perdana Menteri. Demikian juga, tiada yang dapat menghalang fitrah Najib menjadi Perdana Menteri.

Kemasukan Mukhriz dalam perebutan Naib Presiden, bukanlah satu perangkap yang dirancang oleh sesiapa. Kemasukan beliau dalam pertandingan adalah untuk menyahut trnasformasi dalam parti.

Sesuai dengan mottonya BERANI BERUBAH, ertinya beliau membawa mesej jelas, bahawa Umno berani berubah, agar kekal sepanjang masa.

Mukhriz tampil menawarkan diri kepada perwakilan parti yang mewakili hampir 3.5 juta ahli. Beliau memberi alternatif kepada 146,500 perwakilan yang diterjemahkan melalui undian Electrol Collage, sepertimana penentuan sistem pencalonan dahulu, apa kah beliau merupakan pemimpin pilihan berbanding dengan calon-calon lain.

Disebabkan kedudukan Naib Presiden parti hanya berjumlah tiga, dan seramai enam orang calon mahu merebutnya, maka adalah lumrah tiga calon bakal tersingkir.

Tersingkirnya tiga calon itu, bukan bermakna, mereka bukan pemimpin pilihan, akan tetapi perwakilan memilih pemimpin terbaik daripada yang terbaik, bagi membantu Presiden dan Timbalan Presiden memacu masa depan parti.

Pada pemilihan kali ini, berjayakah Mukhriz?

No comments:

Blog Archive