KOTA KINABALU 4 Okt. - Polis membuka kertas siasatan baharu terhadap seorang lelaki warga Filipina yang dipenjarakan 18 bulan oleh Mahkamah Tawau pada 9 September lalu atas kesalahan menceroboh tanah rizab hutan apabila menemui petunjuk tahanan itu anggota komando sebuah kumpulan pengganas negara berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, polis menemukan beberapa barangan ketenteraan seperti beret, logo, uniform, salutan pangkat pegawai komando yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pimpinan Nur Misuari. -
No comments:
Post a Comment