Wednesday, October 16, 2013

Krisis LDP: Kumpulan Teo Tidak Berminat Kongres Gabungan

Walaupun rundingan antara dua kumpulan yang dimeditasi oleh Pendaftar Pertubuhan Putrajaya (ROS) pada Isnin, di mana pada mula persetujuan dicapai bahawa Kongres Ke-24 parti yang akan diadakan pada 19-20 Oktober ditangguhkan pada suatu masa yang akan ditentukan, namun kumpulan Teo dan Chin tidak menghormati persetujuan itu, sebaliknya mereka meneruskan Kongres bagi fraksi mereka seperti mana dijadualkan pada 19-20 Oktober ini Star City Kota Kinabalu.

Sebelum ini, Datuk VKLiew diberitakan ada membuat kenyataan bahawa memang ada perjumpaan dengan pihak ROS Putrajaya. Dalam pertemuan itu menurut beliau, pada dasarnya kedua belah pihak telah mencapai kesefakatan, bahawa tarikh baru Kongres ke-24 parti akan diumumkan oleh Jawatan Kuasa Pemilihan Parti dimana dalam kongres tersebut kedua-dua kumpulan akan ikut serta. Berasaskan kepada keputusan itu, maka tiada parti Kongres ke-24 yang berasingan bagi kedua-dua fraksi seperti mana dijadualkan.

Adalah difahamkan, bahawa kumpulan Teo dan Chin tidak berminat dengan kongres gabungan, sebaliknya kumpulan mereka akan meneruskan kongres kumpulan mereka.

Berasaskan kepada keengganan kumpulan Teo dan Chin berhubungan dengan kongres gabungan, nampaknya usaha penyatuan Parti yang dilakukan Datuk VKLiew untuk sementara mengalami kegagalan.

VKLiew yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyahut saranan Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhiyiddin Yassin baru-baru ini, agar semua pemimpin parti itu berbincang untuk menyelesaikan krisis dalaman mereka, demi keutuhan komponen Barisan Nasional.

LDP adalah parti komponen tertua BN Sabah, dan pada PRU-13 lalu telah menyumbang tiga kerusi DUN kepada BN Sabah.

Presiden parti itu juga pernah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran Ketua Menteri, malah seorang Naib Presidennya juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Parti LDP dan AKAR (kini telah dibubar) dan kemudian bergabung bersama Umno untuk membentuk BN Sabah untuk menumbangkan kerajaan PBS bermula tahun 1991. 

Pada Pilihanraya Umum Sabah tahun 1994, walaupun gabungan itu mendapat 23 kerusi DUN berbanding PBS 25, namun selepas itu gabungan BN Sabah itu membentuk kerajaan Negeri, selepas dua ADUN Sabah, iaitu Rubin Balang ADUN Kemabong dan Lajim Ukin ADUN Klias menyertai Umno.

Bermula pada tahun itulah Kerajaan BN Sabah terus bertapak sehingga ke hari ini.

Hasil kerjasama antara komponen BN Sabah, bahawa sejak PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013, BN Sabah terus memenangi pilihanraya.

Kemenangan cemerlang BN Sabah, adalah atas kerjasama yang erat antara para pemimpin BN Sabah. Namun kerana krisis yang melanda salah satu komponen BN Sabah, iaitu LDP, maka akan mempengaruhi keupayaan komponen itu berdepan dengan PRU-14, jika krisis itu tidak diselesaikan dengan segera.

Bagi AYT, kepimpinan VKLiew dalam LDP merupakan tunjang mengapa Parti itu boleh berkerjasama dengan para pemimpin Bn yang lain. Pendekatan beliau yang sederhana dan bertolak ansur, membuatkan ramai pemimpin komponen lain selesa berkerjasama dengan beliau.

Adalah malang bagi parti itu, jika dikemudi oleh Kumpulan Teo dan Chin, kerana pada tahun 2010, mereka pernah menyatakan secara terbuka tidak dapat menerima kepimpinan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Ketua Menteri Sabah.

Kenyataan kumpulan Teo dan Chin itu juga, telah menyebabkan seorang Naib Presiden Parti itu- Datuk Peter Pang terpaksa keluar parti pada tahun 2010; dan selepas itu, jawatan Timbalan Ketua Menteri daripada LDP telah terlepas daripada parti itu sehingga kini.

No comments:

Blog Archive