Tuesday, September 24, 2013

Pemilihan Umno: Umno Sabah Tiada Sokongan Terbuka Terhadap Datuk Shafie Apdal

BERBEZA dengan Datuk Hishamuddin Tun Hussien, atau Datuk Zahid Hamidi atau Datuk Mukhriz Tun Mahathir,calon-calon yang menawarkan diri bertanding kedudukan Naib Presiden parti 19 Oktober ini mendapat sokongan padu Umno daripada negeri asal mereka. Datuk Shafie Apdal, salah seorang calon yang bertanding tidak mendapat sokongan terbuka daripada Umno negeri asalnya.

Apa kah dengan tidak adanya sokongan terbuka, boleh bererti sebaliknya? Sebelum pendaftaran calon bagi pemilihan parti 21 September lalu, lebih dua bulan, Umno Sabah secara secara keseluruhan telah membuat sokongan terbuka kepada Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Seri Musa Haji Aman, untuk mempertimbangkan gesaan dan gema daripada akar umbi, agar beliau bertanding kedudukan Naib presiden Parti.

Namun, bagaikan tugu yang tangguh, Musa tidak memberi reaksi apa-apa berhubungan dengan gesaan 21 bahagian Umno (Sabah mempunyai 25 bahagian). Pada 15 September, sehari sebelum Hari Malaysia, Ketua Menteri Sabah itu mengumumkan keputusan, bahawa beliau bukan sahaja tidak menyertai Pertandingan kedudukan Naib, malah tidak menyertai merebut sebarang tempat bagi Umno Pusat.

Alasan yang diberikan oleh Ketua Menteri Sabah itu, Sabah memerlukan perhatian daripada beliau, kerana latar belakang negeri itu, yang masih relatif ketinggalan daripada semua aspek berbanding dengan negeri-negeri lain.

Sebenarnya, menurut maklumat dalaman, Musa memberi laluan kepada Timbalannya- Datuk Dr Salleh Tun Said, untuk menawarkan diri bertanding salah satu jawatan Naib. Namun, bagi Salleh pula, beliau merasakan bahawa ketuanya itu adalah yang paling tepat, bertanding. Walau apapun, semuanya itu sudah menjadi catatan akademik. Yang jelas, kini, hanya Datuk Shafie Apdal yang mewakili Umno Sabah bertanding bagi kedudukan Naib.

Kembali kepada peluang Shafie dalam pertandingan itu- memandangkan tiadanya sokongan secara terbuka kepada beliau daripada bahagian-bahagian Umno, kecuali daripada Bahagian Semporna, Kalabakan dan Kinabatangan. Umno Semporna disandang oleh Shafie sendiri dan kini ditentang dua pencabar untuk kedudukan Ketua Bahagian. Manakala Bahagian Kalabakan, diketuai oleh Datuk Ghafur Salleh-MP Kalabakan, dan dalam mempertahankan kedudukan Ketua Bahagian, beliau dicabar dua mantan ADUN Sabah. Sementera itu, Bahagian Kinabatangan diketuai oleh Datuk Bung Moktar Radin-MP Kinabatangan- beliau dicabar oleh ADUN Sukau- Datuk Saddi Abdul Rahman untuk jawatan Ketua Bahagian. Bung juga salah seorang calon MT tertinggi untuk pemilihan Oktober ini.

Memandangkan tiada sokongan terbuka daripada Umno Sabah, tidak sama seperti pendirian Umno Johor yang secara terbuka menyokong Hishamuddin, Umno Perak menyokong Zahid, Umno Kedah menyokong Mukhriz; apa kah persepsi bahagian-bahagian lain terhadap pencalonan Shafie? Apa kah akan terpancar di benak mereka, bahawa untuk apa memberi sokongan kepada beliau (Shafie), sedangkan negerinyapun, beliau tidak mendapat sokongan.

Melihat kepada fenomina ini, Menteri KKLW itu, "down play" situasi itu dengan mengatakan " No open Sabah Umno backing is fine with me". Ertinya, beliau tidak kisah sangat, apa kah ada sokongan terbuka atau sebaliknya, beliau merasa yakin, beliau mendapat sokongan Umno Sabah.

Sejarah dalam parti, senantiasa berbicara, pada sistem kuota sebelum ini, walaupun seseorang calon mendapat pencalon lebih banyak, tidak menjamin kemenangan calon itu dalam satu-satu pemilihan. Mukhriz misalnya, pada tahun 2009 semasa bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia, mendapat pencalonan sebanyak 74 bahagian, berbanding Khairy Jamaluddin 56; namun sesama pemilihan Khariy menang. Mungkin ini yang cuba dibayangkan oleh Shafie.

Pada pemilihan pada kali ini, walaupun melibatkan hampir 150,000 perwakilan, namun sistem yang digunakan adalah Electoral Collage, ertinya undi seseorang berasaskan kepada jumlah bahagian, dengan kata lain, hampir sama dengan sistem kuota sebelum ini. Ertinya, bakal undi yang diperolehi seseorang calon adalah berasaskan sokongan bahagian. Jika, Shafie beranggapan, bahawa sokongan "silent" bahagian-bahagian Umno Sabah, boleh diterjemahkan kepada sokongan, ertinya, integriti 21 bahagian Umno Sabah yang tidak memberi sokongan terbuka kepada beliau, boleh dipersoal suatu hari nanti. Atau dengan kata lain, hanya pemimpin tertinggi bahagian sahaja yang berpendirian demikian, manakala akar umbi sebaliknya; sebenarnya inilah erti tersirat yang cuba dimainkan oleh Shafie, dengan komen " No open Sabah Umno backing is fine with me". Fikir-Fikirkan Lah.

No comments:

Blog Archive