Monday, September 02, 2013

Pemilihan Umno: Masih Kuatkah Pengaruh politik Wang?

MASIH kuat pengaruh politik dalam parti? sehingga mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengesa perwakilan agar tidak mengundi pemimpin yang hanya mahu menumpuk kekayaan. Apa maksud beliau itu? Apa kah mereka yang mempunyai kecenderungan menumpuk kekayaan kerana mempergunakan kedudukaan mereka? Apa kah dengan kekayaan yang diperolehi itu, seterusnya mendapatkan kuasa atau kedudukan dalam parti melalui politik wang?

Pertanyaan-pertanyaan itu, sebenarnya yang menghantui parti sejak tahun 1980-an; dan berleluasa pada tahun 90-an.

Ekoran masalah politik wang, maka parti mengubah cara pemilihan pada tahun 2009, dengan melibatkan lebih ramai perwakilan daripada 2,500 kepada 150,000.

Apa kah melalui perubahan pemilihan parti  itu, politik wang dapat dimusnahkan? atau kah masih juga berlaku?

Berikut ulasan dan pandangan AYT

BERITA baik dalam pemilihan Umno kali ini, berlaku juga pemimpin akar umbi pengamal politik wang gagal mendapat kemenangan. Namun yang masih mendukacitakan jumlahnya sedikit berbanding yang menang.

Di cawangan Umno Bandar Tun Razak misalnya, sepertimana catatan Sdr Zaharin Yassin di Wall Facebooknya, kekalahan beliau bertanding ketua cawangan, kerana salam sampul.

Ada kejadian di suatu kawasan Parlimen di Sabah, di mana seorang ahli yang bertanding mempertahankan Ketua Cawangan, telah menjadi buah mulut di kalangan ahli cawangan itu, bahawa sipulan itu, menghabiskan lebih RM100,000 sebagai “angpau” kepada perwakilan, namun gagal mempertahankan jawatan.

Tahniah kepada perwakilan pada cawangan itu, kerana berani membuat keputusan sambil menolak pemimpin seperti itu; kerana jika pemimpin itu masih dipertahankan; maka ianya akan menjadi duri dalam daging dalam parti.

Kini, perwakilan mulai sedar (hanya sebahagian), bahawa pemimpin yang mahu mendapatkan kedudukan dalam parti kerana kuasa wang; akan mempergunakan kedudukan itu untuk melipat ganda wang yang telah dilaburkan. Tahniah kepada perwakilan kerana mengerti, bahawa “tiada makan malam yang gratis” di zaman ini. 

Perubahan perlembagaan parti yang digunakan sempena pemilihan parti pada 19 Oktober yang melibatkan lebih 150,000 perwakilan; masih belum mampu membendung politik wang; kerana walaupun seluruhnya mengundi serentak; namun pengiraannya bukan berasaskan kepada angka besar itu, tetapi berasaskan kepada Electoral collage sepertimana digunakan dalam pemilihan Presiden Amerika.

Disebabkan pengiraan undi berasaskan bahagian, maka nampaknya politik wang masih dapat menembus pemilihan itu; kerana pengaruh pemimpin tertentu dalam bahagian.

Seseorang Ketua Bahagian tidak akan bersetuju dengan perwakilan, apabila perwakilan tidak memberi undi kepada Pemimpin yang cenderung disokong oleh Ketua Bahagian atau Bahagian itu. Pengiraan undi kali ini, hampir sama dengan sistem pencalonan yang telah dimansuhkan. Misalnya, jumlah perwakilan adalah 1,000; apabila seorang calon yang menjadi pilihan Ketua Bahagian atau Bahagian mendapat undi 501, maka calon itu mendapat 1 undi; sama dengan sistem pencalonan sebelum ini.

Seseorang calon masih akan menang jawatan berasaskan pengiraan Electoral collage, walaupun calon itu tidak mendapat undi popular.

Apabila kita mengimbas kembali sistem pencalonan yang telah dimansuhkan, maka undi seseorang calon maksima adalah 191, atas sebab jumlah bahagian Umno seluruh negara adalah sejumlah itu. Suatu masa dahulu, setiap pencalonan mempunyai nilai 10; jika jumlah pencalonan daripada bahagian adalah 100, maka sebelum pengundian di Perhimpunan Agung, seseorang calon itu telah ada 1000 undi sebagai simpanan. Ini yang berlaku semasa Anwar Ibrahim melawan Ghapar Bapa pada pemilihan tahun 1993. Pada pemilihan itu, secara matematik, Ghapar Bapa masih boleh menang, kerana ada 2,500 perwakilan yang perlu mengundi pada pemilihan masa itu. Namun, mantan Timbalan Perdana Menteri itu, memilih untuk tidak mempertahankan jawatan.

Pada pemilihan kali ini, tiada lagi undi tambahan, melainkan hanya bergantung kepada undi Electoral collage; ertinya penentu siapa-siapa yang bakal dipilih sebagai barisan kepimpinan parti daripada jawatan Naib presiden, Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri bergantung kepada undi di peringkat bahagian.

Para pemimpin yang bakal menang kali ini, adalah mereka yang sudah popular di peringkat bahagian parti seluruh negara, manakala mereka yang masih mahu mencuba nama, diperkirakan akan tersingkir.

Sistem pemilihan parti yang mengunapakai, sistem baru, agak merugikan bagi mereka yang belum popular, atas sebab itu, harapan untuk mendapatkan saf baru kepimpinan parti, tidak akan berlaku pada pemilihan ini. 

Adalah suatu kenyataan bahawa barisan kepimpinan parti yang sedia ada, akan terus membarisi kepimpinan parti, mungkin yang berubah adalah urutan perolehan undi.

Mungkin di sinilah, politik wang itu terbendung, kerana tiada cara bagi calon yang kurang popular untuk menang, sebaliknya pada sistem lama, seseorang itu masih boleh menang meskipun kurang dikenali, kerana mampu menguasai sebahagian besar 2,500 perwakilan yang berkumpul di Kuala Lumpur, setiap kali adanya pemilihan parti.

No comments:

Blog Archive