Friday, September 06, 2013

Datuk Chin Su Phin Digesa Lepaskan Jawatan Senator

Timbalan Presiden LDP yang digantung Datuk Chin Su Phin digesa melepaskan jawatan Senator, kerana jawatan itu atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden Liberal Dimokratik (LDP) satu satu komponen BN Sabah.

Chin, seorang kontraktor dilantik sebagai Timbalan Presiden parti itu pada tahun 2006, bersama-sama dengan Presiden parti itu Datuk VKLiew.

Semalam mantan Setiusaha Ekesekutif parti itu, Kapitan Phillip Tsen Thau Yu mengesa, agar supaya Chin melepaskan jawatannya, kerana beliau bukan lagi Timbalan Presiden Parti. 

Chin dilucutkan jawatan oleh Majlis Presiden parti yang bersidang pada 31 Ogos lalu, kerana melanggar disiplin parti.

Sebelum ini, Presiden Parti Datuk VKLiew telah melucutkan jawatan Setiausaha Agungnya, kerana gagal mematuhi Keputusan Majlis Tertinggi Parti yang diadakan pada 9 jun lalu.

Gesaan pemimpin akar umbi parti yang dizahirkan oleh Kapitan Tsen, mendesak agar Chin melepaskan jawatan senator, memandangkan beliau bukan lagi seorang pemimpin yang boleh dipercayai, kerana seharusnya beliaulah yang perlu ke depan mematuhi dan menggunapakai keputusan Majlis Tertinggi. Sebagai Timbalan Presiden parti, beliau telah memberi contoh yang tidak baik kepada parti.

Rupanya menurut Tsen, Chin mahu merosak parti daripada dalam, apabila ingkar mematuhi keputusan Majlis tertinggi, di mana salah satu ketetapan mesyuarat itu, agar Presiden tidak dipertandingkan, namun beliau mengapi-apikan agar setiausaha agung parti- Datuk Teo Chee Kang yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas di dalam kabinet negeri Sabah bertanding jawatan itu, sementara beliau bersedia mempertahankan jawatannya. 

Kapitan Tsen mempersoal tujuan Chin itu? mengapa bukan beliau yang menyatakan mahu mencabar Presiden? Mengapa Teo dijadikan kambing hitam?

Chin sebelum ini, merupakan pemimpin dalam duri bagi BN Sabah, apabila pada Ogos tahun 2010, menyatakan dengan terang, bahawa parti LDP telah kehilangan kepercayaan dan tidak dapat berkerjasama dengan Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman.

Akibat kenyataan Chin itu, seorang Naib Presiden Parti- Datuk Peter Pang yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, terpaksa meninggalkan LDP pada 1 September 2010.

Tidak puas dengan tindakannya itu, Chin juga mengulangi kenyataannya seperti pada Ogos tahun 2010, semasa merasmikan Mesyuarat Pemuda dan Wanita di Sandakan pada tahun 2011.

Akibat kenyataan Chin yang hilang kepercayaan terhadap Musa, maka ramai penyokong dan ahli Umno marah kepada pimpinan LDP terutama di kawasan Sandakan. Betul juga kemarahan itu berlanjutan pada PRU-13 lalu, apabila penyandang kerusi Parlimen Sandakan yang diwakili VKLiew tewas kepada calon DAP.

Selepas VKLiew tewas, dan sudah tentunya kehilangan jawatan kerajaan, maka harapan "handout" daripadanya bakal tidak diperolehi lagi. Chin, sebagai kontroktor melihat, bahawa peluang mendapatkan projek jika terus mempertahankan Liew akan malap. Justeru itu, beliau membuat percaturan baru, dengan mendorong Teo Chee Kang, bertanding jawatan Presiden, agar supaya beliau mudah mendapat "handout' kerana jika Teo menang, setidak-tidak akan ada rasa terima kasihnya kepada Chin. Sebenarnya inilah yang mendorong Chin bertindak menikam belakang Presidennya, sewaktu Presidennya itu masih dalam berkabung akibat kekalahan dalam PRU-13.

Tindakan Chin, yang membelakangkan keputusan Majlis Tertinggi, di mana beliau sendiri bersetuju dengan ketetapan itu, adalah untuk memenuhi agenda peribadinya, bukan kerana atas desakan akar umbi, sekurang-kurangnya itulah pendapat dan pandangan Kapitan Tsen.

Menurut Tsen, seseorang yang berjawatan Timbalan Presiden apalagi sebagai senator perlulah sebagai pemimpin yang mengotakan janji dan perbuatan, bukan seorang pemimpin seperti lalang, dimana ditiup angin, di situ lah kiblatnya.

Memandangkan ketidak konsistennya Chin, semasa lagi menjadi Timbalan Presiden Parti, maka perbuatanya yang mengenepikan keputusan Majlis Tertinggi yang dilakukan secara kolektif, merupakan satu perbuatan yang tidak sesuai sebagai seseorang yang berjawatan ahli Dewan Negara.

Pemutar belitan Chin, kononnya tindakannya atas kehendak akar umbi, hanya satu alasan mengiakan tindakannya, kerana melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 9 Jun lalu, suara akar umbi diwakili oleh ketua-ketua Bahagian dan ahli majlis tertinggi itu sendiri.

Dimana kah hujah Chin, berhubung dengan suara akar umbi yang diwakili oleh Ketua-Ketua Bahagian? Apakah mereka itu bukan pemimpin akar umbi?

Adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah menurut Kapitan Tsen, bahawa seseorang senator yang mewakili sebuah parti komponen, bertindak tidak sesuai dengan semangat parti apatah lagi aspirasi akar umbi parti.

Untuk itu, menurut Tsen, sewajarnya Chin melepaskan jawatan Senator dengan serta merta.

No comments:

Blog Archive