Kekalahan Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Bukit Katil dalam pilihan raya Ahad lepas menghasilkan satu kesimpulan yang mengejutkan bahawa jasa dan bakti serta kerja keras yang dicurah selama ini tidak semestinya menjamin kemenangan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendapat 46,167 undi di Parlimen Bukit Katil.
Seperti banyak penganalisis politik, Mohd Ali sendiri sukar memahami keputusan pengundian yang tidak berpihak kepadanya walaupun beliau telah 13 tahun berbakti di Melaka.
"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat," katanya selepas menerima keputusan itu.
Dalam PRU13, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen itu iaitu Ayer Keroh dan Bachang dimenangi DAP manakala Bukit Baru jatuh ke tangan PAS. Hanya DUN Ayer Molek dimenangi BN.
Mohd Ali yang merupakan anak jati Bukit Katil itu sememangnya terkenal sebagai seorang kuat bekerja malah ada menggelarnya 'workaholic' kerana tugasnya yang bermula seawal pagi hingga awal pagi keesokannya.
Sejak memegang jawatan Ketua Menteri pada 2 Dis 1999, Mohd Ali telah merangka serta merancang pembangunan negeri khususnya dalam sektor pelancongan melalui Pelan Induk Pelancongan Negeri Melaka yang berjaya mempelbagaikan produkpelancongan di negeri itu.
Projek pengindahan dan pembersihan Sungai Melaka merupakan contoh kejayaan pelan itu apabila lebih satu juta orang mengunjungi sungai berkenaan pada 2012.
Malah, Melaka yang diiktiraf sebagai negeri maju pada 2010 turut dinobat sebagai antara destinasi pelancongan terbaik dunia yang mesti dilawati oleh akhbar berpengaruh The New Times.
Dari segi kebajikan rakyat, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan kepada rakyat tanpa mengira kaum termasuk pembinaan 6,111 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sehingga 2011 dengan kos lebih RM60 juta selain RM84 juta diagih kerajaan negeri untuk membantu golongan kurang bernasib baik di negeri itu pada tahun lepas.
Penganalisis Politik Prof Datuk Dr Ramlah Adam turut melahirkan rasa terkejut dengan keputusan PRU13 itu kerana Mohd Ali disifatkan seorang pemimpin yang kuat bekerja, komited dan tiada protokol dalam bertemu rakyat.
"Rakyat memilih bukan calon yang bekerja kuat tetapi mereka memilih sebaliknya... biasanya kita akan kalahkan calon sekiranya dia tidak bagus, tetapi bagi kes (Mohd Ali), ia berlainan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata Mohd Ali telah berjaya membangunkan Melaka khususnya kawasan Bukit Katil daripada sebuah kampung biasa ke arah yang lebih moden dan maju dengan segala kemudahan yang membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.
Beliau merpendapat pengundi baru terutama golongan muda yang kurang mengenali atau mengetahui pengorbanan ketua menteri itu merupakan antara faktor kekalahan itu.
"Perbezaan 5,447 undi adalah terlalu besar kerana Shamsul Iskandar adalah orang baru yang tiada sumbangan dan tidak ramai mengenalinya jika dibandingkan dengan Mohd Ali," katanya.
6 comments:
pak ali aku syukur u dpt pengajaran dari rahmat kekalahan INILAH DIPANGGIL DALAM KEKALAHAN ADA KIASAN DAN PEDOMAN . U MEMANG OK U INGAT I JUMPA U TENGAH MLM KAT JLN GURNEY WAKTU U TIM MEN KESIHATAN , TUN M DI IJN - U RECALL BALIK ,,,U MASIH BUKAN GATE W/PUN DAH HAMPIR 1.00AM
I DAH LAMA DAPT TAIK DARI CINA SETELAH MEREKA KENYANG-MEREKA SUKA KITA DERITA ,,,LEPAS TU DIA CARI LAIN - CARA MEREKA SAMA MCM PELACUR
Jangan cakap banyak, boikot produk NONA guna Faiza atau Adabi. Tutup akaun di Public Bank dan buka di Bank Islam. Kalau boleh pembaca juga bagi produk cina vs produk melayu so kita ada alternative.
Tolong le pm lantik aja Tok Ali ni jadi TYT melaka yang baru.
BIar dia beri pengajaran yang berguna kepada mereka yang mengkhianatinya.
Aku rasa kalau tok Ali dilantik jadi TYT melaka ramai yang ketaq lutut no......
Cuba bayangkan gabungan Tok Ali dan Idris Harun pasti pecah panggung melaka dibuatnya.
BERSEDIALAH SEMUA YANG MENJADI GUNTINGN DALAM LIPATAN TU.......
INGAT ESOK MASIH ADA BAGINTOK ALI TAPI TIADA ESOK BAGIMU PADA YANG KHIANAT
jadi senator lepas tu lantik jadi menteri KDN..eh! boleh ke? ntah..ha..ha..
Melayu sudah berpecah... maka senaglah dikalahkan... macam rugbi,pecahkan pertahanan dan serang...
Tunggu beberapa bulan lagi dan lihat siapa yang jumpa Ketua Menteri, Menteri Besar, pegawai pegawai EPU, Menteri menteri kanan untuk memohon projek ratus ratus juta, lepas tu bagi subcon pada orang orang Melayu dan Bumiputera dengan harga tulang! PANTAU semua lesen PKK yang dibawa oleh broker/runner orang Malayu.
Post a Comment