DAP menegaskan bahawa Parlimen Kulai dan Bakri merupakan kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang.
"Tempat itu adalah kerusi DAP, noktah," tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Ahad.
Kenyataan kerasnya itu dilihat sebagai usaha bagi menghentikan spekulasi bahawa Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dijangka bertanding sama ada di Parlimen Bakri atau Kulai selepas PKR bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding di Gelang Patah.
Sebelum ini Chua adalah antara calon-calon Pakatan Rakyat yang menunjukkan minat untuk bertanding di Gelang Patah namun kedudukan itu diberikan kepada Lim oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment