KEDUTAAN Filipina tidak akan memberikan sebarang bantuan perundangan terhadap Rajah Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai pencerobohan Lahad Datu pada 12 Februari lalu, kerana adik Jamalul Kiram III itu pernah mendapat kad pengenalan Malaysia, dan pernah berkerja sebagai Pembantu Pegawai di Daerah Kudat, Sabah semasa era Tun Mustapha Datu Harun sebagai Ketua Menteri Sabah.
Status kerakyatan Agbimuddin Kiram disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi minggu lepas.
Sementara itu, Duta Filipina di negara ini Eduardo Malaya dalam satu kenyataan berkata kedutaan negara itu berjaya berjumpa dengan 8 tahanan Filipina yang dihadapkan ke Mahkamah pada 21 Mac lalu pada 28 Mac lepas.
Lapan orang rakyat Filipina itu Atil Hussin Bin Abu Bakar, Basad H. Manuel, Habil Bin Suhaili, Holland Bin Kalbi, Thimhar Hadil Suhaili, Lin Bin Mad Salleh, Kadir Bin Uyung and Lating Bin Tiong.
Dengan kenyataan Malaya itu, dakwaan jurucakap Kiram Abraham Idjairani bahawa Holland Kalbi dan Lin Mad Salleh yang dikatakan maut pada 1 Mac lalu, ternyata tidak benar.
Sejak pencerobohan pengganas sulu Lahad Datu, seramai 68 pngikut Kiram terbunuh dan lebih 100 berjaya ditangkap. Walau bagaimanapun, Rajah Muda Agbimuddin statusnya hingga kini masih misteri.
Semalam tujuh lagi pengikut Kiram dihadapkan ke mahkamah. Sehingga kini seramai 16 orang dihadapkan di mahkamah berkaitan dengan keganasan pengganas sulu di Lahad Datu, termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal.
No comments:
Post a Comment