Friday, March 01, 2013

Siapa Pemimpin negara yang mendalangi Pencerobohan Lahad Datu?

DALANG itu tahu betul, bahawa suku yang teramai di Sabah selain Kadazandusun, juga Bajau-Suluk. Bajau Suluk adalah penduduk yang mendiami Pantai Timur Sabah daripada Kudat hinggalah ke Tawau.

Bagi kerajaan bumiputera di Sabah, bank votes adalah di kawasan Pantai Timur selain pantai barat utara yakni Kota Belud dan Tuaran, kemudian Pantai Barat Selatan, daripada Papar ke Sipitang.

Menjelang PRU-13, sudah tentunya kerajaan yang ada yakni Bn, sangat bergantung kepada bank vote. Tiada cara pembangkang untuk menang di kawasan-kawasan ini. 

Dalang pencerebohan di Lahad Datu, membuat perhitungan politik. Dalang itu tahu, hanya melalui tindakan marah sahaja sokongan kaum Bajau suluk akan berpaling tadah terhadap Bn.

Sebenarnya dalang kepada pencerobohan ini, mahukan agar pihak keselamatan negara bertindak melalui kekerasan. Tujuannya, jika berlaku kematian, maka mudahlah mengapi-apikan suku ini untuk membenci kerajaan. Sebenarnya inilah tujuan mempergunakan penceroboh itu oleh dalang tersebut.

Selain itu, latar belakang pewaris yang hidup susah ini, mengambil peluang itu, kerana seperti mana yang dirancang oleh dalang itu, jika kerajaan malaysia tidak bertindak secara kekerasaan, setidak-tidaknya mereka mendapat ole-ole sebagai balasan kepada mereka kerana berundur secara aman.

Sungguh kompleks perancangan dalang itu. Di lain pihak, dia mahu agar penceroboh itu mati katak, di lain pihak pula, dia membayangkan kepada penceroboh itu hambuan yang sangat besar.

Semalam mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mencadangkan agar memberi pampasan RM200 juta kepada pewaris sultan sulu once for all. Tujuannya selain membuat perjanjian baru, di mana dalam perjanjian itu pewaris menggugurkan tuntutan ke atas Sabah, juga wang itu boleh digunakan untuk memajukan kawasan mereka yang begitu ketinggalan kerana akibat perang yang berdekad lamanya.

Berasaskan adanya muslihat orang tertentu disebalik pencerobohan ini, maka kita berharap agar tiada kemalangan jiwa akan berlaku, baik pada pasukan keselamatan kita mahpun pihak penceroboh.

Pihak polis Malaysia, sudah membuat pendirian, bahawa nyawa pasukan keselamatan negara lebih penting daripada penceroboh. Di sebabkan muslihat disebalik pencerobohan ini, maka hindari sama sekali tindakan provikasi daripada pihak keselamatan.

Adalah tepat, pihak keselamatan kini, mengedarkan risalah dalam bahasa suluk meminta penceroboh itu menyerah diri dan seterusnya bersedia dihantar pulang ke negara asal.

Risalah itu, perlu diselitkan pesanan, bahawa mereka dipergunakan oleh orang tertentu, bukan untuk mereka sebaliknya untuk orang tertentu itu.

Dalam risalah itu juga perlu diberi gambaran, bahawa dalang yang mengasut mereka itu, sebenarnya mahukan mereka mati katak.

No comments:

Blog Archive