Wednesday, March 20, 2013

Pengganas Sulu Pernah jadi IMAM kg Simunul

Dalam Gambar Datuk Safie Apdal MP Semporna memeriksa mayat pengganas yag dibelah Penduduk Kg Senallang
Pengganas yang mati dibelasah penduduk selepas kejadian tembak-menembak di Kampung Simunul dan Sri Jaya mengakibatkan enam polis terbunuh 2 Mac lalu, berselindung di sebalik imej warak kerana sering menjadi imam ketika kenduri serta menguruskan jenazah, terutama dalam kalangan orang Suluk di perkampungan itu.

Penduduk Kampung Simunul menganggap lelaki dikenali sebagai Imam Rashid itu sebagai berpengetahuan agama, tetapi kini ramai menganggap Rashid bersama rakan pengganasnya sebagai ‘syaitan’ kerana keganasan mereka membunuh anggota polis dengan kejam.


Rata-rata penduduk yang mengaku mengenalinya terkejut apabila mendapat tahu lelaki itu adalah pengganas yang terbabit dalam kejadian 2 Mac itu.

Dalam kalangan masyarakat Suluk di kampung itu, Rashid dianggap orang penting dalam pelbagai urusan berkaitan keagamaan, tetapi hanya dalam kalangan masyarakat itu.

Asrama pekerja Felda Sahabat 17 yang terletak berhampiran jalan ke Kampung Tanduo

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Utoh, 35, berkata, Rashid sering menjadi imam kenduri dan menguruskan jenazah orang Suluk.

“Saya tidak sangka dia ini sebenarnya pengganas kerana sudah lama dia tinggal di sini, lebih 10 tahun,” katanya.

Menurut Utoh, dia pernah melihat Rashid membawa masuk orang tidak dikenali yang turut berimej warak ke kampung itu sebelum kejadian 2 Mac lalu.

Katanya, orang yang bersama Rashid itu berperwatakan alim dan tinggal di situ sejak kira-kira dua bulan lalu.

“Orang kampung tidak pedulikan mereka kerana menyangka mereka pendakwah.” katanya.

Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata Rashid hanya imam di kalangan masyarakat Suluk di dia bukan seorang imam yang dilantik.

No comments:

Blog Archive