OPERASI semalam hanya berjaya membunuh 13 penceroboh, kalau dijumlah dengan yang 10 maut ppada 1 Mac dan di Kg Sri Jaya Simunul Semporna, yang berjumlah 6, maka hanya 29 orang. Ada yang mengatakan jumlah keseluruhan penceroboh seramai 224 orang, selepas ditolak 29, maka mana lagi 195 orang?
Laporan tengah hari tadi 4 orang berjaya di tahan, maka pasukan keselamatan masih memburu 191 orang lagi.
Ke mana kah mereka? bom yang dilepaskan oleh jet pejuang dan diikuti gerakan darat, belum menemui saki baki penceroboh. Apa kah kini mereka menyatu dengan penduduk yang meninggalkan kampung?
No comments:
Post a Comment