Friday, March 22, 2013

Nafsu DAP semakin kuat

MENJELANGNYA PRU-13, nafsu DAP semakin kuat. Parti sosialis itu yang kini berkawan dengan Parti sosialis lain PKR dan parti PAS, mahu merebak sayapnya ke Johor, sebuah negeri yang dianggap kubu kuat Umno.

Pada PRU-12, DAP menguasai Pulau Pinang, selain mempunyai kerusi terbanyak di Perak di antara kawan-kawannya, juga mempunyai jumlah kerusi yang lumayan banyaknya di Selangor, Negeri Sembilan dan bertapak di Johor.

Sebenarnya secara keseluruhan, DAP boleh menang sehingga 40 kerusi Parlimen. Pada PRU-12, parti itu menang 28, 26 kerusi di Semenanjung, satu di Sabah dan Sarawak.

Dengan sasaran menawan Putrajaya pada PRU-13, maka pemimpin utama parti itu, Lim Kit Siang, kali ini bertanding di Johor, di kerusi Gelang Patah, sementara proxy Lim Guan Eng Liew Chin Tong (ahli parlimen Bukit Bendera Pulau Pinang) akan bertanding di Kluang.

P152 Kluang kini dikuasai Bn, sementara di peringkat DUN, jumlah kerusi seimbang antara Bn dan DAP.

Pada PRU-12 lalu, Bn hanya menang dengan majoriti 3,781 bagi kawasan Parlimen, manakala bagi salah satu Dun N28 Mengkibol, DAP menang dengan majoriti 1,281, manakala Dun 29 Mahkota Bn menang dengan majoriti 8,480 undi.

Jika dilihat daripada trend pengundian DUN, seharusnya calon Bn boleh menang dengan majoriti 9,761; hakekatnya Hua kok Chung daripada MCA hanya mendapat 27,970 lawan Ng Lam Hua 24,189. Bagaimanapun Ng menang Dun 28 pada PRU tersebut.

1 comment:

Unknown said...

Apa yang sedang berlaku adalah untuk perancangan jangka panjang DAP. Persediaan DAP untuk membawa masuk lebih ramai bangsa cina kedalam Malaysia. Sekiranya DAP dapat mengambilalih tampuk pemerintahan Johor maka Singapura akan dijadikan pintu masuk utama bagi bangsa cina ini.

Mohon tuan empunya blog link kan blog saya di:
http://mycybertrooper.net.ms/

Terima kasih

Blog Archive