SATU kumpulan Haram ditubuhkan kumpulan Filipina di Semporna. Kumpulan itu dinamakan KNIGHT OF RIGHT KEEPER IN SABAH (KRK).
Tujuan kumpulan itu kononya menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat Filipina yang berada di Sabah terutama di kawasan Semporna.
Penubuhan kumpulan haram ini dikatakan ada kaitan dengan gerakan membersih Sabah daripada pengganas Sulu.
Dikhabarkan kumpulan itu, sungguh bahaya kerana melakukan upacara angkat sumpah atau bai'ah di mana anggota perlu berkorban apa sahaja termasuk nyawa untuk melindungi rakyat Filipina di Sabah.
Seandainya ada kebenaran penubuhan kumpulan ini, Pasukan Keselamatan perlu bertindak sedini mungkin, agar ianya tidak melarat, malah boleh menimbulkan kesan terhadap keselamatan penduduk Sabah secara amnya.
Akibat pencerobohan Pengganas Sulu di sabah pada 12 Februari lalu, kerajaan menubuhkan kawasan keselamatan khas yang dipanggil Eastern Sabah Secuirity Command (ESSCOM) yang menjadikan 10 kawasan di Pantai Timur Sabah daripada Kudat ke Tawau merupakan ESSZONE.
Penubuhan ESSZONE bukan sahaja memantapkan keselamatan di kawasan tersebut, juga kawasan itu akan menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi yang hebat di Pantai Timur Sabah.
Kehadiran pasukan keselamatan yang begitu ramai, bukan sahaja memberi peluang runcit, juga memberi peluang kepada pembekal-pembekal makanan, yang sudah tentunya berjumlah jutaan ringgit.
1 comment:
Sila baca Manila Times: Let Malaysia be warned.
Post a Comment