Rumah Jeneral Musa Abdullah di Simunul Tawi-Tawi |
Khabar Yang Baru Diterima: LAHAD DATU: Seorang daripada 16 mayat pengganas yang dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat hari ini disahkan ketua pengganas yang dikenali jeneral Haji Musa.
Ia disahkan Ketua Forensik Ops Daulat, Superintendan Hussein Omar Khan.
SEBENARNYA Jeneral Haji Musa Abdulla adalah sebahagian daripada kumpulan yang mahu menyerang Sabah pada era Marcos, namun Nur Misuarilah yang menghalangnya.
Musa Abdulla adalah seorang tentera Filipina yang berpangkat Jeneral dan pernah berkhidmat di Vietnam dan merupakan komnado MNLF pimpinan Nur Misuari.
Selepas bersara daripada tentera, Haji Musa tinggal di Simunul Tawi-Tawi, di mana dia terlibat memberi latihan di kem latihan tentera Sophia Camp.
Di Simunul lah timbulnya idea satu operasi yang disebut Oplan Merdeka dibawah naungan Royal Sultanate Force (RSF)-RSF dibawah perintah langsung Jamalul Kiram III . Melalui Oplan Merdeka diwujudkan satu unit yang disebut Unit Komando Jabidah yang diketuai oleh Jeneral Musa dan seorang lagi bernama Ernesto Sambas; mereka berdualah yang mengetuai pencerobohan Lahad Datu pada 9 Februari 2013 menaiki dua kompet besar bersama kira-kira 200 yang lain.
Dalam Oplan Merdeka yang dilaksanakan melalui operasi Jabidah, Jeneral Musa berkerjasama dengan adik Jamalul Kiram, Agbimuddin Kiram.
Salah satu perancangan Oplan Merdeka adalah menghantar penceroboh secara berperingkat ke Sabah, dan disertai warga mas, kanak-kanak dan wanita untuk mengabui mata pihak keselamatan negara.
Selain itu, mereka membeli beberapa rumah untuk dijadikan sarang, sebelum serangan besar-besaran dilakukan.
Selain itu lawatan mengejut Duta besar Amerika ke Sabah, serata berlabuhnya kapal perang Amerika di Sepanggar.
Persoalan yang masih misteri, bagaimana kewangan yang begitu besar yang disalurkan ke RSF untuk melaksanakan Oplan Merdeka boleh masuk melalui Sabah? Siapa kah yang membawa wang itu?
Bayangkan jumlah wang itu? selain mampu senjata-senjata yang canggih seperti M16 dan pelancar mortar, juga mampu membeli sembilan buah rumah secara tunai di Kg Sri Jaya Simunul Semporna.
Bukan sahaja, dikatakan setiap komando yang berlayar ke Sabah dibayar USD600 seorang, sebagai upah untuk menyertai Oplan Merdeka.
Selepas pasukan keselamatan Negara mengetahui kehadiran kumpulan ini pada malam 12 Februari, pasukan polis yang diketuai pasukan komando 69 mengepung kawasan di mana mereka berkumpul, iaitu Kg Tanduo Lahad Datu.
Selepas berunding, pasukan polis menamatkan rundingan pada 21 Februari dan dalam rundingan itu, pasukan Polis hanya mahu penceroboh itu meninggalkan tanah Sabah secara aman. Kerajaan Filipina juga menghantar kapal pengakut kemanusian, untuk menjemput pulang para penceroboh itu.
Masa, ruang, peluang yang diberikan pasukan polis tidak diambil peduli, sehingga tempoh pengusiran dilanjutkkan sehingga tiga kali.
Perakara yang tidak diinginkan pasukan polis berlaku pada pagi Jumaat 1 Mac 2013, apabila pasukan komando 69 diserang dan mengorbankan dua anggota.
Berikutan tindakan kumpulan yang diketuai oleh Jeneral Musa Abdulla itu, maka pihak polis membalas tembakan dan berjaya membunuh 12 orang pada hari tersebut.
Berikutan kematian kawan-kawan kumpulan itu di kg Tanduo, maka pada 2 Mac, sebahagian daripada kumpulan mereka membayangkan diri di Kg Sri Jaya Simunul Semporna, di mana sebelum ini mereka bersarang di kampung itu dan bergaul dengan penduduk, malah ketua mereka dipanggil "imam".
Ekoran kehadiran mereka di Kg Sri Jaya Simunul diketahui oleh penduduk, maka sepasukan polis datang ke kampung itu pada petang 2 mac, namun kedatangan pihak polis disambut dengan serangan hendap, mengorbankan enam anggota polis.
Berpunca daripada dua kejadian inilah, pasukan keselamatan negara bertindak. Pada 5 Mac, serangan berskala besar dilakukan.
Al-hasil serangan berskala besar itu, sejumlah pengganas maut, dan sehingga kini 53 telah maut dan seorang budak remaja yang mati semalam, di Kg Tanjung Batu.
Sejak operasi berskala besar yang bermula pada 5 Mac, dikhabarkan seorang Jeneral telah maut, dan mungkin Haji Musa Abdulla, kerana menurut keluarganya di Tawi-Tawi, sejak itu, sehingga kini belum ada berita mengenainya.
1 comment:
ssevereLive for nothing die for something!
Post a Comment