Bimbang dan takut dua perasaan yang berbaur pada rata-rata penduduk di kawasan operasi. Selain bimbang atas keselamatan diri sendiri juga bimbang atas keselamatan keluarga. Atas kebimbangan dan ketakutan itu, sebilangan penduduk terutama daripada Kampung Tanjung Labian, yang diceroboh kumpulan bersenjata dari Sulu, dilihat nekad meninggalkan kediaman masing-masing.
Gerakan kumpulan militan yang dipercayai masih berada di kawasan itu merisaukan penduduk yang khuatir akan menjadi sasaran, terutama selepas mereka terdengar beberapa das tembakan dilepaskan berhampiran kampung itu.
Laporan-laporan diberapa lokasi oleh media tempatan mahupun luar negara termasuk media sosial mendapati jalan masuk lengang manakala beberapa rumah sekitarnya seperti terbiar, malah ada yang tidak berkunci.
Pasukan keselamatan melancarkan Op Daulat di kawasan sekitar Lahad Datu berikutan insiden pencerobohan kumpulan militan bersenjata dari Selatan Filipina, yang berlarutan sejak 12 Feb lepas.
Sementara itu, dalam kenyataan media Ketua Polis Sabah pagi tadi, berkata operasi pembersihan di Kg Tanduo sudah selesai.
Mayat-mayat pengganas daripada Kg Tanjung Batu juga berjaya dikeluarkan sejak semalam. Polis juga membenarkan jurugambar mengambil gambar-gambar pengganas yang terbunuh, tindakan itu, menunjukkan bahawa krisis Lahad Datu bukanlah sandiwara seperti dakwaan sesetengah pemimpin pembangkang, melainkan krisis Lahad Datu benar-benar satu perancangan untuk mengwujudkan huruhara di Sabah.
No comments:
Post a Comment