Thursday, February 21, 2013

Tentera Sulu Di Kg Tanduo Lahad Datu: Apa kah Anwar terlibat?


PELIK juga seorang "conman" yang selalu berlegar-legar di kawasan kampung Air Kota Kinabalu, tiba-tiba mengubah penampilan. Dia tidak lagi berpakaian biasa, akan tetapi berpakaian berjenama dan sudah menggunakan jam rolex.

Jika sebelumnya, hanya minum kopi di kedai berdepan dengan mahkamah Kota Kinabalu, kini sudah lepak di Hyatt dan sudah mempunyai kereta mewah siap dengan pemandunya sekali.

Suatu masa lalu, conman inilah yang berlegar-legar menawarkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan pemimpin kerajaan terutama Perdana Menteri yang juga menteri kewangan, agar melepaskan kiriman RM3 bilion kepada Anwar yang kononnya daripada Pewaris Sultan Sulu- Sultan Jamalul Kiram. Sultan Jamalul Kiram dikatakan mempunyai simpanan US137 bilion di sebuah bank di New York Amerika.

Menurut sumber, Anwar dikatakan berjumpa secara rahsia dengan wakil kumpulan itu  seminggu sebelum kejadian pencerobohan di Kg Tanduo Lahad Datu melalui perantaran conman ini. Sejauh mana kebenaran desas desus ini? tiada yang boleh mengsahkannya, namun jika dilihat daripada penamilan conman itu, sudah tentu dia menerima habuan wang yang banyak, jika tidak mana mungkin penampilan dan keadaannya tiba-tiba berubah, bagaikan seorang jutawan.

Kononnya untuk menyelesaikan pencerobohan ini, salah satunya agar wang RM3 bilion untuk Anwar itu dibenarkan untuk dicairkan.

Anwar merelukan kewangan itu untuk tujuan berhadapan dengan PRU-13.

Hubungan Anwar dengan pemberontak islam di Selatan Filipina bermula sejak beliau bersama ABIM lagi, dan kemudian diteruskan selama beliau dalam kerajaan termasuk semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sebelum ini pihak polis ada memberi kenyataan bahawa salah satu syarat bagi peneroboh itu meninggalkan kawasan yang diduduki dan ingin berjumpa perseonaliti berprofile tinggi di negara ini. Juga berkaitan dengan isu sama, Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi ada membuat kenyataan, bahawa pencerobohan di Lahad Datu itu didalangi oleh pihak tertentu dalam negara.

Apa kah pihak kerajaan mempunyai maklumat bahawa dalang itu adalah Anwar? Jika ia, sungguh malang, kerana demi tujuan mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri, maka sanggup menggadai keselamatan negara.

Demi gimik kepada pencerobohan itu, maka penceroboh itu  meminta agar kumpulan mereka diiktiraf sebagai Tentera Sulu yang sah dan setiap warga sulu yang di negeri Sabah supaya jangan dihantar semula ke negara asal (ada kaitan dengan RCI pendatang Sabah yang sedang berjalan).

Pada 9 Februari lalu, satu ekpedisi yang bertujuan Pulang kampung yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram yang berlepas daripada Tawi-Tawi bersama lebih 100 orang dan lima wanita berjaya mendarat di Kg Tanduo pada malam 12 februari.

Hingga kini, walaupun telah masuk minggu ke dua kehadiran penceroboh itu di Tanah Sabah, namun belum ada tanda-tanda ianya berakhir, walaupun menurut pihak polis, rundingan sudah ditamatkan pada Khamis lalu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selaku ketua keselamatan negeri Sabah, meminta orang ramai jangan membuat spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Pasukan Keselamatan Negara sudah siap siaga, menunggu arahan, walaupun ada pihak berkehendakan rundingan diteruskan  untuk mengelak pertumpahan darah. Artikel yang ada kaitan dan di Sini

6 comments:

MMI said...

Salam mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com .. Blog Tuan sudah pun dipautkan di blog MMI.Terimakasih.

Unknown said...

Kalau sultan Jamalul Kiram ada duit simpanan 137 billion diAmerika, tak lah askar askar dirajanya kelihatan koyak rabak, uniform entah apa apa, pakai selipar Jepun dan macam macam karekter..kemudian berani pula derma 3 billion pada Anwar untuk perbelanjaan PRU13.Kalau sultan ada duit sebanyak begini, tak lah orang orang Tausug kelihatan hidup melarat dimana mana. Saya tidak nampak motip yang realistik disini. Mungkin ada janji kosong yang diberikan oleh individu tertentu pada Sultan/pengikut/askar diraja supaya akhirnya akan ujud satu suasana tegang diSabah sebelum PRU. Tapi setakat itu lah sahaja. Janji kosong.Sesiapa pun tahu bahawa ada lah tidak mungkin rakyat Sabah akan sudi menjadi 'hamba sahaya' sultan Sulu, tidak sekarang dan tidak juga untuk selamanya. Mungkin askar askar diraja ini tidak menyedari bahawa selama hampir 2 minggu mereka berkubu tanpa segan silu dikampung Tanduo, mereka telah di'isolate' dari dunia luar. Semua frekuensi komunikasi telefon satellite/telefon bimbit telah dijem oleh unit unit khas ATM. Bila kelaparan telah melanda, bila kebosanan telah menguasai diri mereka akan bercakaran sesama sendiri. Mereka akan merangka dan duduk mencangkung meminta untuk dihantar pulang keMindanao.Tiada darah tumpah setitik pun. P/s: Kalau diarahkan, VAT69/CGK hanya memerlukan tidak sampai 5 minit untuk membunuh kesemua penceroboh bersenjata ini.

Anak Melayu said...

Betul bah itu bhar zul...

mega said...

walau pun tiada unsur politik penceroboh ni masuk... persoalanya ialah kenapa dan apa tugas harian pasukan keselamatan negara buat di sabah tu ya.. mungkin enjoy ka.. belagak depan awek ka... tak buat kerja barang kali tidur ya... mmm.. aku buang la buku perajurit sama tempur ni kecewa ni mcm putus cinta... jangan bagi alasan yg sabah tu laut nya sempadan nya luas...

Unknown said...

Untuk: TLDM, Polis Marin, APMM, Ops Pasir ATM, PDRM dan lain lain agensi penguatkuasa yang berkenaan. Bersedia dengan cemuhan, cacian, kritikan dan maki hamun seluruh masyarakat selepas kejadian pencerobohan ini selesai. Kelihatan semuanya tidak boleh diharap langsung.

Unknown said...

Bungulan... kan semua penceroboh itu umat Islam... Islam it bersaudara...! Dia cerobohpun xde sapa2 yg dia tawam.. mungkin dia kaya Harta Benda.. tp dia miskin makanan sbb telah disekat oleh tentera filiphina kafir yg bersubahat dgn amereka raja segala iblis...!.


Blog Archive