BUKAN mudah berurusan dengan manusia. Bayangkan, sejak khamis lalu, polis mengatakan rundingan telah tamat dengan penceroboh lebih 100 orang "tentera sulu" yang menduduki sebuah kampung terpencil di Lahad Datu Sabah pada malam 12 Februari.
Pada Ahad, kerajaan Filipina telah menghantar kapal tentera lautnya di perairan Lahad Datu dengan tujuan kemanusian.
Sepatutnya penceroboh itu telah keluar daripada tempat di mana mereka berkampung pada Jumaat, namun kerajaan Filipina memohon agar dilanjutkan sehingga esok (selasa). Sebelum ini kerajaan Malaysia memberi kata dua kepada penceroboh itu, agar meninggalkan kawasan perkampungan itu dalam tempoh 48 jam dari jumaat lalu, dan tempoh itu sudah berakhir tengah malam tadi, namun sehingga kini, belum ada tanda-tanda bahawa penceroboh itu akan meninggalkan tempat mereka berkampung (Kg Tanduo).
Permainan kejar-kejaran berlaku di tepi pantai yang indah... oooppps lari tajuk.
No comments:
Post a Comment