Friday, July 06, 2012

Tun Mahathir cadang Anwar jadi Perdana Menteri untuk 5 hari!!!

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung ... dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di sini hari ini.

Dr Mahathir (gambar) berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times (FT) pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

Perdana menteri 'lima hari'

“Kita buat dua jawatan Perdana Menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara,” katanya.

1 comment:

mk said...

Setuju ... bagi Anwar jadi PM lima hari...
Hari pertama..Angkat Sumpah..diIstana
Hari Kedua...Hadir angkat Sumpah di Parlimen
Hari ketiga..Hadir Jamuan Salamat Bertugas
Hari keempat ..Hadir Jamuan Selamat Tinggal
Hari kelima..Upacara Punch out card..

Har keenam Acara peribadi..berdemo semula dgn baju lusuh...

Blog Archive