Kalau SPR tidak adil dan berpihak kepada BN, bagaimana BN hilang kuasa 2/3 di dewan rakyat? Bagaimana BN tidak pernah menang di Kelantan sejak tahun 1990?, Bagaimana BN kalah di Terengganu tahun 1999? Bagaimana BN kalah di Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan pada tahun 2008?
Berasaskan kepada keadaan itu, sebenarnya SPR dalam menjalankan tugasnya mengendali perjalanan pilihanraya di negara ini adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.
Pun demikian, SPR telah menjalankan perubahan-perubahan untuk meningkatkan ketelusan pilihanraya, demi memudahkan perjalanan pilihanraya.
Pada PRU-13, salah satu perkara yang dimansuh adalah masa Bantahan; selain itu, keterbukaan SPR mempamerkan senarai pemilih, dan setiap rakyat bebas membantah nama-nama dalam senarai itu, Free of Charge.(sebelum ini setiap bantahan dikenakan bayaran RM100).
Membantah ketelusan SPR boleh diertikan sebagai menidakan pilihan majoriti. Dalam sistem demokrasi, majoritilah yang menjadi pemenang. Namun, keadaan di negara ini seolah-olah berlaku, bahawa minoriti memaksa kehendak mereka agar supaya diterima oleh pihak majoriti.
Perbuatan itu bukan dalam sistem demokrasi, akan tetapi sistem kuku besi. Keadaan ini pernah berlaku di Afrika Selatan berdekad lamanya, di mana minoriti menguasai majoriti.
Biasanya majoriti cintakan keamanan, kedamaian, akan tetapi minoriti sukakan keadaan huruhara. Sebabnya, mereka mengharapkan, kalau keadaan menjadi huruhara, maka akan memaksa perubahan kerajaan melalui bantuan asing. Ini yang berlaku di Mesir, Libya dan Tunisia.
Pihak pembangkang lupa, bahawa keadaan di Arab jauh berbeza dengan negara ini; walaupun mereka melaksanakan Pemanasan melalui Bersih 1,2,3.. rakyat majoriti tidak akan terpancing dengan kaedah mereka itu.
Adalah diramalkan, apabila PRU-13 tamat, dan ternyata mereka kalah teruk, maka mereka akan melakukan tujuk perasaan sana sini, pada masa itu, pasukan keselamatan kita akan sibuk, perniagaan akan terjejas, pelancongan akan menjunam, para peniaga luar tidak akan datang, malah yang dalam negara akan memindahkan perniagaan mereka.
Akibatnya rakyat akan rugi, makanan akan berkurang, harga akan meningkat; inflasi meroket, akhirnya negara menjadi jahanam.
Atas sebab itu, kepada rakyat yang cintakan keharmonian, pada PRU-13 akan datang, berilah mandat yang besar kepada BN, agar supaya para petualang negara ini tiada ruang lagi menghuruharakan negara.
No comments:
Post a Comment