Jenazah anggota polis yang maut terkena tembakan ketika bertugas di Istana Anak Bukit di Alor Setar petang semalam, akan diterbangkan ke kampungnya di Melaka selepas urusan bedah siasat selesai.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata buat masa ini segala urusan berkaitan proses bedah siasat ke atas jenazah Konstabel Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, masih berjalan.
"Bedah siasat belum selesai lagi. Selepas selesai bedah siasat baru kita tahu berapa tembakan yang dia kena," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar hari ini.
Katanya jenazah Mohd Sobri akan diterbangkan ke Kem Batu Berendam, Melaka sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Pasir, Manchap Baru.
Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang semalam, Mohd Sobri maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana.
Susulan kejadian, seorang suspek yang merupakan rakan setugas mangsa berpangkat Lans Koperal ditahan di rumah isterinya di Simpang Empat, Perlis kira-kira pukul 8.30 malam tadi dan dibawa ke sini untuk siasatan lanjut.
Mengulas lanjut, Ahmad memberi jaminan keselamatan istana tetap terjamin dan pihaknya akan memastikan perkara seperti itu tidak berulang.
"Semua anggota polis yang bertugas di istana akan kita lihat semula. Kita nak yang terbaik kerana ini melibatkan keselamatan istana. Kita tak boleh ambil mudah. Ini sebagai iktibar untuk kita terus memantapkan lagi sistem dan anggota.
"Kita baru nak dapatkan perintah reman (terhadap suspek) hari ini dan kita mohon jumlah reman yang maksimum," kata Ahmad.- Bernama

No comments:
Post a Comment