Tuesday, February 14, 2012

Sokong Israel: Nik Aziz minta Anwar tarik balik kenyataan

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi
membersihkan nama beliau,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Anwar yang juga adalah Ketua Pembangkang, sebelum ini dilapor menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar WSJ.

Menurut Nik Aziz, pendirian PAS tegas dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa.

Sebaliknya, PAS katanya, menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

“Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram.

“Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis,” katanya lagi.

Beliau yang juga adalah Menteri Besar Kelantan berkata keselamatan Israel juga bukanlah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh orang Arab atau umat Islam kerana negara itu ditegakkan atas dasar kezaliman.

“Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman
ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Nik Aziz selepas menghadiri jamuan malam Anggota Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia malam semalam berkata sepucuk surat yang meminta Anwar menarik balik kenyataan tersebut dan ditandatangani beliau, telah dihantar kepada Ketua Umum PKR itu.

"Kita sebagai kawan, kewajipan kita ialah tegur-menegur, apa yang kita tengok pada kawan kita tidak betul, kita tegur dan apa yang kawan kita tengok tidak betul pada kita, dia kena tegur kita. Itu ajaran agama Islam.

"Saya sudah tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang kawan, sebagai Mursyidul Am PAS supaya dia tarik balik kenyataan dia mengenai Israel," katanya.

Sebelum ini, Anwar mendakwa kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin diputar belit bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Katanya, dalam wawancaranya dengan media antarabangsa itu, beliau menegaskan kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.

2 comments:

Cinta_damai said...

stakat tarik balik kenyataan buat apa, tak guna juga sebab kepala hotak dan jiwa raga anwar memang dah sokong sungguh dengan isreal, kalau rasa bahasa saya ni kasar bayangkan penderitaan rakyat palestin yang ditindas dan dizalimi oleh zionist!

Alhamdulillah Malaysia ni aman dan tak kejam atau zalim terhadap rakyatnya, hanya pakatan pembangkang yang membawa kehancuran dengan cara menghuru-harakan negara dengan segala demo jalanan, baring atas jalan dan provokasi mereka!

MEMILIH PAKATAN PEMBANGKANG SEUMPAMA MENGGADAI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA YANG TERSAYANG DAN MEMPERSENDAKAN AGAMA!

ie said...

Nik Aziz Mursyidul 'Am PAS dengan persetujuan Dewan Ulamak PAS membuat keputusan mendesak Anwar menarik balik kenyataannya dalam WSJ yang nak kan keselamatan Israil. Kita tengok lah Anwar nak tarik balik kaaaa...?

Kenapa Nik Aziz dan Dewan Ulamak PAS tidak pertikai kenyataan Hindu Naib Presiden PKR yang pertikai penghantaran balik penyangak Arab yang menghina Nabi Muhamad SAW dan lari ka Malaysia dan dihantar balik ka Arab Saudi. Hindu ini juga sepatutnya dikutuk oleh PAS kerana mengokong manusia Islam yang menghina Nabi Muhamad SAW. Awat?, kerana Nik Aziz disamatarafkan dengan Nabi oleh Ustaz Budak di Kelate?. Pooodah punya TGNA.

Blog Archive