Sunday, February 12, 2012

Mustapa Beri Sebab Mengapa BN Mampu Perintah Kelantan

KOTA BAHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini memberi sebab mengapa Barisan Nasional (BN) perlu merampas kembali kerajaan negeri Kelantan daripada PAS.

Beliau berkata sudah tiba masanya PAS, yang memerintah Kelantan sejak 1990, berhenti memerintah negeri itu kerana banyak isu rakyat tidak dapat diselesaikan seperti isu kemiskinan dan bekalan air bersih.

"Kelemahan yang berlaku dalam PAS membuatkan rakyat Kelantan teraniaya," katanya kepada pemberita selepas program turun padang bersama penduduk di Jalan Pintu Geng di sini, Sabtu.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kelemahan dalam PAS menyebabkan parti itu terpaksa mengikut telunjuk DAP dan mengetepikan perjuangan asal menegakkan negara Islam.

"Kita tahu PAS sudah mengikut telunjuk DAP, kita tahu PAS tidak ada tulang belakang, mereka terpaksa mengikut rentak DAP, maka kerana itu rakyat hendaklah menolak PAS di Kelantan," katanya.

Mustapa berkata tidak pernah berlaku dalam sejarah di Kelantan di mana Umno dan BN dilihat berada dalam keadaan terbaik berikutan banyak isu yang meyakinkan rakyat supaya menolak PAS pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Sudah tiba masa rakyat memberi peluang kepada kerajaan BN menyelesaikan masalah mereka dengan memberi mandat kepada BN kembali memerintah di Kelantan," katanya.-BERNAMA

2 comments:

usin said...

try sepenggal tengok! kalu bn kencing jugok mace hok ado lo ni, kito bungkus pulok pru14 nanti. lagu mano, ado brani?

Unknown said...

Sapo pula nak jadi MB kali ini???

Blog Archive