Tuesday, February 07, 2012

Isu air Selangor: Khir Toyo macam lepas dendam

Penafian bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa beliau tidak terlibat menyerahkan konsesi air negeri Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) didakwa seolah-olah mahu membalas dendam kepada Umno.

Akibatnya perkara tersebut diputar sebagai isu politik oleh Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin sambil mendakwa, ini kerana Umno tidak melindunginya ketika dituduh di mahkamah - layanan yang didakwa berbeza dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Khir kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana keistimewaan yang diperolehi Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam isu lembu- NFC," dakwa Faekah.

Khir kelmarin dilaporkan menafikan menyerahkan pengurusan air kepada SYABAS semasa menjadi menteri besar sebagaimana sangkaan ramai, sebaliknya ,menyerahkannya kepada kerajaan pusat bagi mengatasi krisis air Selangor sekitar 1997 dan 1998.

Tambahnya, beliau tidak terlibat kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya melantik SYABAS menguruskannya, lapor sebuah portal berita.

Beliau menjelaskan, kerajaan BN Selangor menyerahkan projek bekalan air kepada kerajaan pusat kerana tidak mampu menguruskannya ekoran krisis air membuatkan Selangor perlu membina empangan di Kuala Kubu Baru bernilai RM2.4 bilion.

Dalam kenyataannya semalam, Faekah juga berkata, kenyataan Khir itu membuktikan beliau tidak layak dan gagal selaku menteri besar atas sikap menuding jari terhadap orang lain.

"Sebagai bekas pemimpin nombor satu di negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan SYABAS menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama," katanya.

Menurut Faekah lagi, Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 antara tiga pihak dan kerajaan negeri turut terlibat bersama kerajaan pusat dan Puncak Niaga.

2 comments:

NanyangZ said...

Faekah pun sama jer.....!hang pernah dgr dia mengaku kelemahan pentadbiran negeri selangor x??...walaupun byk kelemahan dia tetap berminyak spin masalah pada UMNO......sampaikan masalah sampah pun dikatakan disabotaj oleh UMNO.......haiya

udah2la faekah....org dah jemu la dgn statement ko.....

NSK said...

Knytaan dr khir itu adalh fakta..
Kelulusan waktu itu dlakukan oleh kerajaan pusat demi mjamin tdk blaku krisis air...
Apa mslhnya kalo dr khir serah pd pusat kerana ia berkait rapat dgn kpntgn rakyat, salah ke....
Lgpn ianya melibatkan kos yg tinggi mlh kerajaan negeri yg ikhlas waktu itu akui, tak berkeupayaan.bukan mcm kerajaan slgr sekarang, bongkak , tapi kes loji langat 2 pun tak setel, bahkan pengurusan sampah pun xleh nak handle..
Apa2 dr khir punya khebatan sbgai pemimpin, kalo tak masakan tun m angkat dia jd mb slgr...

Blog Archive