Thursday, December 08, 2011

DAP amal pendekatan Mafia

Godfather DAP
Pengerusi DAP Karpal Singh mengakui bahawa amalan "godfather" dalam DAP perlu, kerana pemimpin lama banyak menyumbang khidmat kepada parti.

Sejak DAP ditubuhkan, belum pernah parti itu berpeluang mentadbir kerajaan negeri, hanya pada tahun 2008, DAP berpeluang menguasai Pulau Pinang dan Perak.

Kini, Dap mengetuai pemerintahan Pulau Pinang. DAP juga sepatutnya berkuasa di Perak kerana mempunyai jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding Pas dan PKR, namun undang-undang tubuh negeri Perak, hanya membolehkan MB daripada mereka yang beragama islam.

Kini Perak diperintah BN, selepas 3 ADUN Pembangkang mengistiharkan dirinya mereka ADUN bebas dan mesra BN.

DAP Pulau Pinang kini, dalam keadaan goyang, akibat pendedahan TKM Pulau Pinang Pro Ramasamy, bahawa parti itu mengamalkan sistem mafia, kerana mempunyai Godfather.

Sejak DAP memerintah Pulau Pinang, bukan sahaja kaum melayu terpinggir, malah kaum india juga.

Peluang-peluang perniagaan yang besar-besar hanya diberikan kepada kaum cina, kroni DAP, kaum india dan melayu, hanya berpeluang untuk perniagaan kecil-kecilan seperti membuka gerai-gerai makan.

No comments:

Blog Archive