TANPA berselindung di sebalik kata-kata, pasangan secantik dan sepadan, Shahz Jaszle dan Miera Liyana sudah pun merancang untuk bertunang dan seterusnya membina mahligai bahagia bersama-sama. Masing-masing sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam rumah tangga.
Walaupun usia Miera baru mencecah 19 tahun tetapi keyakinan yang diberikan oleh Shahz untuk menjadi suami dan ketua keluarga meyakinkan gadis tinggi lampai itu untuk menamatkan zaman solonya.Impian dan harapan murni mereka berdua juga mendapat restu kedua-dua belah keluarga.
“Saya tidak kisah lagi orang mahu anggap saya seperti apa dan siapa saya. Baru-baru ini ada pula yang menuduh saya mabuk. Selepas bertemu semula dengan Shahz sehingga menimbulkan bibit cinta antara kami, hati dan perasaan saya lebih aman berbanding dulu.
“Tumpuan saya kini hanya pada cinta kami dan kerjaya seni. Kami sudah pun memikirkan untuk menyimpul ikatan hati yang lebih kukuh namun segalanya terpulang kepada ketentuan Allah SWT. Hidup ini mesti ada perancangan di samping berdoa kepada-Nya, mohon diberikan yang terbaik.
“Kalau ikut kata hati kami berdua, perkara yang baik itu mahu disegerakan. Jangan bimbang apabila sahih kami akan bertunang dan tarikh dah dapat, akan saya beritahu pada semua. Tiada apa yang mahu dirahsiakan malah kami mohon doakan kebahagiaan kami,” katanya.
Ini bukan kali pertama mereka berlakon bersama-sama. Miera dan Shahz pernah berkongsi lokasi dalam drama on-line GUA, Luna Fantasiku dan filem Rentaz.
“Di lokasi, kami profesional dengan buat kerja sendiri tanpa perlu berkepit ke sana ke mari. Kami memberi ruang kepada diri masing-masing kerana kami juga tak mahu kru berasa tidak selesa atau menjadi bahan umpatan di set. Kami tetap pasangan yang bercinta tetapi kalau tiba urusan kerja, kami tidak mencampuradukkannya dengan hal peribadi. “Bagi saya, kalau bercinta pun kena beri ruang kepada kepada pasangan, tak perlulah jadi belangkas. Nanti orang tengok pun menyampah. Kami buat biasa-biasa saja dan mesti ada had dalam pergaulan, barulah indah bila hidup bersuami isteri nanti,” katanya.
Dalam telefilem Teguh, Miera memegang watak Suhaila yang bercinta dengan Darul (Shahz). Mereka bekerja di hotel sama. Suatu hari hotel itu didatangi pelanggan yang tampan dan kaya raya bernama Suhaimi (Zul Ariffin). Kedatangan Suhaimi ke hotel itu memberi kesan kepada cinta Suhaila dan Darul bila mana Suhaimi menggunakan kelebihan dirinya untuk merebut cinta Suhaila.
Terbaru, Miera turut berlakon drama 13 episod berjudul Cendana bersama Deanna Yusof dan Iqram Dinzly. Peranannya dalam drama itu sebagai Farah yang terpaksa mengorbankan cintanya kerana mahukan ibunya bahagia. Dia juga muncul dalam drama Psikik sebagai gadis yang koma 10 tahun.

No comments:
Post a Comment