Wednesday, September 07, 2011

Versi Sejarah Mat Sabu: Kalau itu betul-kenapa Anwar semasa Menteri Pelajaran tidak perbetul sejarah?

Inilah masalahnya kalau sejarah yang telah menjadi sejarah diulang demi politik.

Semua orang tahu bahawa PAS merupakan sebahagian daripada barisan nasional pada tahun 70-an, dan juga Anwar Ibrahim yang kini Ketua Pembangkang merupakan sebahagian daripada kerajaan BN, malah pernah menerajui Kementerian Pelajaran yang mengawasi semua sukatan pelajaran.

Jika sekirannya versi Mat Sabu mengenai penyerang Bukit Kepong pada tahun 1950 yang diketuai Mat Indera itu pejuang, kenapa Pas dan Anwar tidak memperbetulkan fakta itu? Kenapa perlu sekarang untuk bersuara?

Mat Sabu melihat, hanya sokongan kaum bukan melayu yang boleh merealisasikan visi mereka untuk merampas Putrajaya, atas sebab itu Timbalan Presdien Pas itu, mencuba meniupkan semangat kaum minoriti khasnya kaum cina, kerana semua maklmum, bahawa anggota majoriti bintang tiga aka PKM adalah daripada kaum tionghua.

Bagi AYT sejarah adalah sejarah. Apapun yang diperbuat mengenainya tidak lagi berbaloi untuk diperbincangkan. Tiada apa yang boleh diperolehi lagi daripadanya, kecuali nostalgia dan pengajaran.

Sebaiknya para pemimpin BN perlu menumpuhkan kepada pembangunan negara dari semua aspek. Biarkan mereka yang berreotik mengenang masa silam. Lebih baik berfikiran ke depan, daripada menerung masa lampau.

No comments:

Blog Archive