Friday, September 09, 2011

Komunis bunuh 4,688 orang dalam tempoh 43 tahun: IGP

Seramai 1,437 anggota polis terkorban dan 1,883 lagi cedera sepanjang 43 tahun komunis mengganas di negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Selain itu, katanya seramai 639 anggota tentera maut dan 1,697 lagi cedera serta 2,558 orang awam terkorban dan 1,490 yang lain cedera menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban ialah 4,688 orang dan yang cedera seramai 5,070 orang.

"Mereka terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman komunis pada masa tersebut yang dianggap ancaman kepada negara," katanya di Bukit Aman semalam.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

No comments:

Blog Archive