Tuesday, September 13, 2011

Hebat juga phone sex Mat Sabu: Satu sejarah yang sukar dipadam


Satu rakaman bertajuk ‘Skandal Seks Mat Sabu’ yang berdurasi 23:21 minit telah dimuat turunkan oleh channel tvtrimatra dan turut dipromosi melalui blognya, http://1peluru.blogspot.com, sejak 8 Sept.

Dalam rakaman itu turut dimuatkan sekurang-kurang 6 perbualan telefon di antara Mat Sabu yang ketika itu Ahli Parlimen PAS, Nilam Puri, Kelantan dengan Normah Abdul Halim, pada Disember 1994 untuk membuktikan wujudnya skandal tersebut.

Normah adalah isteri kepada sahabat baik Mat Sabu sendiri iaitu Bukhari Hj Noor.

Hubungan sulit antara Mat Sabu dengan Normah itu tidak diketahui oleh suaminya, namun apabila kes itu mula terbongkar Bukhari mendesak isterinya, Normah, menjunjung Al Quran bagi membuktikan tuduhan itu tidak benar.

Normah yang ketakutan dengan syarat suaminya itu telah menelefon Mat Sabu untuk mendapatkan pertolongan.

Sementara itu, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang komen berhubung rakaman perbualan telefon berunsur seks di laman YouTube yang didakwa suaranya dengan seorang wanita.

"No komen," katanya kepada sekumpulan wartawan yang hadir pada jamuan hari raya anjuran Pas Pusat di Taman Melewar petang semalam seperti dipetik di http://www.agendadaily.com. hari ini.

Menurut portal berita AgendaDaily itu, Mohamad atau Mat Sabu menyebut perkataan tiada komen sebanyak tiga kali apabila wartawan bertanya kepadanya tentang isu tersebut.

Soalan pertama yang ditanya ialah sama ada beliau sudah mendengar rakaman itu dan dijawabnya tiada komen.

Beliau juga menjawab tiada komen apabila ditanya sama ada mahu menafikan suara di dalam rakaman itu atau sebaliknya.

Sekali lagi Mat Sabu berkata tiada komen ketika ditanya mahu menyaman pihak yang menyiarkan rakaman itu.

Portal berita tersebut mendakwa, nadanya agak serius apabila menjawab soalan yang ketiga itu.

Sebelum ini Mohamad dan Normah Abdul Halim pernah ditahan atas tuduhan berkhalwat kerana berdua-duaan di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimana kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti.

Normah pada masa itu berstatus isteri orang.

No comments:

Blog Archive