Stesen penyiaran antarabangsa CNN menafikan dakwaan bahawa wawancara yang baru-baru diadakannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah hasil lobi oleh sebuah firma perhubungan awam antarabangsa.
Sebuah laporan berita yang diterbitkan oleh pertubuhan media berpangkalan di Amerika Politico memetik jurucakap CNN berkata dakwaan yang dibuat oleh laman web Sarawak Report tersebut adalah tidak benar.
"Wawancara CNN dengan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini diaturkan oleh CNN sendiri dengan pejabat PM,” kata Politico yang memetik jurucakap CNN Lauren Cone.
Sarawak Report, yang diasaskan oleh wartawan Clare Rewcastle Brown, yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown, mendakwa firma perhubungan awam FBC Media Ltd, yang berpangkalan di United Kingdom dibayar jutaan ringgit bagi menaikkan imej pemimpin berkenaan di luar negara.
Ia juga mendakwa CNN adalah antara stesen penyiaran antarabangsa yang menyiarkan program berita TV yang diterbitkan oleh FBC bagi mempermantapkan kedudukan pemimpin politik BN itu dan bagi menangkis semua kritikan yang dilemparkan terhadap mereka.
Ini, jika terbukti benar, adalah bercanggahan dengan peraturan badan penyiaran antarabangsa.
Sarawak Report juga mendakwa CNN telah menyiarkan beberapa program terbitan FBC, termasuk wawancara Najib oleh presiden syarikat itu, John Defterios.
Wawancara terakhir dibuat awal bulan ini, semasa lawatan rasmi Najib ke London, selepas pihak polis di Malaysia didakwa bertindak kasar ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
Meskipun Najib ditanya mengenai himpunan itu, namun menurut pengkritik, Defterios gagal mencabar perdana menteri mengenai rasional di sebalik taktik keras yang digunakan pihak berkuasa bagi menggagalkan perhimpunan berkenaan.
Sarawak Report juga mendakwa Defterios, seorang bekas pengacara bisnes CNN adalah presiden dan pemegang saham dalam syarikat induk FBC iaitu FBC Group Ltd.
Walaupun CNN mengakui terdapat hubungan antara Defterios dengan FBC, stesen televisyen antarabangsa itu berkata Defterios "menjadi kakitangan tetap dengan CNN pada Mac, yang ketika itu telah menamatkan hubungannya dengan FBC”.
Namun, menurut Cone, tidak terdapat sebarang kontrak antara CNN dan FBC bagi menyiarkan sebarang kandungan editorial di CNN.

No comments:
Post a Comment