Tahun lepas, Ketua Umno Kalabakan yang juga Ketua Bahagian Umno kawasan itu,Datuk Ghafur Salleh pernah menyuarakan agar ADUN Merotai yang kini dimenangi LDP diberikan kepada Umno, kerana kononya penduduk kawasan itu berkehendakan diwakili oleh calon Umno.
AYT tidak menaruh prajudis terhadap permintaan tersebut, dengan beralasan kononnya penggundi kawasan itu mahukan calon Umno, namun melalui kenyataan tersebut, seolah-olah Umno tidak perlu lagi sokongan komponen parti atau dengan kata lain, parti itu boleh menang dengan sendirinya melalui pilihanraya.
Sebagai catitan, DUN Sabah kini, dikuasai oleh 32 ADUN daripada Umno, dan 24 lain dimenangi oleh calon daripada parti komponen-PBS,UPKO,LDP,PBRS dan MCA, sementara 4 kawasan lain dimenangi SAPP dan DAP.
Selepas kenyataan Ghafur Salleh tersebut, Setiuasha Umno Sabah, yang juga ADUN Petagas Datuk Yahya Hussien, juga menyuarakan agar kawasan Parlimen Putatan, yang kini disandang oleh Datuk Dr Marcus Mojingoh daripada UPKO, mendesak agar kawasan itu juga diberikan kepada UMNO pada PRU-13 akan datang.
Bukan sahaja pemimpin kanan Umno Sabah melakukan desakan agar kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti pengundi islam diserahkan kepada Umno, malah ADUN sepenggal Pitas, Datuk Bolkiah Ismail juga melakukan desakan yang sama, agar DUN Tanjong Kapor, Kudat yang ini diwakili LDP juga diserahkan kepada calon Umno pada PRU-13 akan datang.
Atas faktor apa kah kenyataan-kenyataan tersebut boleh disuarakan? Apa kah Umno sudah merasa sangat kuat, sehinggakan tidak perlu sokongan rakan parti lagi? Apa kah Umno lupa, bahawa sejak tahun 1994, komponen BN Sabah seperti LDP, UPKO dan SAPP (kini telah keluar) adalah dalam team yang sama melawan PBS!! Apakah atas kemasukan PBS semula ke dalam pangkuan BN Sabah, maka Umno tidak perlu lagi rakan seperjuangan yang asal?
Dalam politik semuanya boleh berlaku. Atas kertas memanglah setakat ini Umno Sabah nampak kuat. Tetapi jangan lupa pengalaman Parti Berjaya pada tahun 1985. Siapa sangka parti pimpinan Tan Sri Harris Salleh itu kecundang dengan teruk kepada PBS yang hanya berumur belum setahun jagung.
Melalui kenyataan beberapa pemimpin Umno itu, termasuk kenyataan Datuk Zahid Hamidi di Pensiangan, telah membawa persepsi bahawa Umno ingin memonopli kuasa, sehingga sanggup mengenepikan rakan-rakan seperjuangan.
Malah ada yang menyifatkan kenyatan-kenyataan tersebut seperti kacang lupakan kulit dan habis manis sepah dibuang.
Umno Sabah jangan terlalu merasa kuat dan sanggup mendabik dada, jangan lupa, bahawa telah ramai penyokong Umno yang mula muak dengan karenah bebarapa pemimpin Umno negeri. Sikap ketidak pedulian mereka kepada para penyokong lama dan kecenderungan memberi keutamaan kepada penyokong yang pandai membodek dan angkat kaki, menambahkan lagi mual para simpatisan dan penyokong Umno.

No comments:
Post a Comment