UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, walaupun diperbaharui pada tahun 1987. Dengan jangka masa yang begitu lama, seharusnya UMNO telah menjadi Trade Mark yang telah bertempat di hati rakyat.
Ibarat produk-misalnya Jenama Dunhill, Bally, Omega, Rolex dan sebagainya-jenama ini telah mendapat dihati mereka yang pentingkan lifestyle. Demikian juga, jenama kereta seperti porse, Ferrari, BMW, M-Benz, disebabkan kewujudannya telah bergitu lama, maka tak syak lagi, jenama itu telah terkenal dan menjadi rebutan.
Jenama produk yang wujud di pasaran untuk sekian lama, selain kualiti dan mutunya terus dipertingat, namun realible produk tersebut terus mendapat kepercayaan pengguna.
Kenapa UMNO berhadapan dengan persepsi keyakinan? sedangkan parti itu adalah tunggak memerdekakan negara. Sebagai parti--no problem, namun, mereka yang diberi amanah untuk memimpin parti itu yang bermasalah.
Rakyat cukup celik, setiap individu yang diberi amanah memikul tanggangjawab dalam parti dan seterusnya dalam kerajaan, telah lupa nawaitu asal- memperjuangkan nasib rakyat, negara dan agama. Namun kebanyakannya, lupa nawaitu asal itu, sebaliknya, diri sendiri dan keluarga yang diutamakan.
Ramai para pemimpin UMNO, sebelum diberi amanah dan tanggjugjawab, kehidupan mereka, sama seperti kehidupan rakyat lain, bekereta satu-itupun jenama proton atau Produa, tinggal di rumah teres; namun selepas sahaja diberi amanah dan tanggungawab-menjadi exco kah, pengerusi GLC kah, pembantu menteri kah (Sabah), keadaan berubah-ibarat kata Tuhan "Kun Fa Ya Kun"- Rumah bertukar bungalo, kereta bertukar jenama (kecil jadi besar), dulu hanya minum di kedai mamak, kini hanya di hotel-hotel berbintang 5.
Rakyat melihat semua perubahan ini. Perubahan ini menjadi pemangkin, kenapa jenama UMNO kini sukar untuk dijual. Apapun prinsip pemasaran yang digunakan-menjual UMNO pada masa dan ketika ini, rakyat senantiasa was-was, berpandukan pada apa yang berlaku di depan mata mereka.
Jika 10-15 tahun lalu, UMNO tidak lah banyak sangat menghadapi masalah dalam sesuatu pilihanraya, namun kali ini, UMNO mempunyai pesaing-- DAP-PAS-PKR di mana tiga parti itu telah memacak kelebihan parti masing-masing di hati rakyat. Fikir-fikirkan lah

No comments:
Post a Comment