Wednesday, July 13, 2011

Hari ini Liwat II disambung lagi: Anwar berdepan dengan Hakim Paling tidak disukainya

ANWAR BERLAKON PADA 9 JULAI.
Anwar akan berdepan dengan Hakim Zabidin Mohd Diah. Hakim yang paling tidak disukainya. Telah tiga kali Anwar memohon melucutkan Hakim tersebut daripada mendengar sodomi IInya, namun kesemuanya ditolak oleh hakim mahkamah rayuan.

Mungkin Hari ini, Anwar memohon penangguhan prosiding, sementara menunggu Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung permohonan Anwar melucutkan Hakim Zabidin.

Hanya cara ini yang Anwar boleh lakukan untuk melengah-lengahkan keputusan Mahkamah.

Anwar pada 9 Julai melalui perhimpunan Bersih mahukan agar berlaku Huru-hara, agar supaya sodomi II yang dijadual hari ini, tidak dapat diteruskan, kerana Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai kawasan Larangan. Namun semua itu tidak berlaku, Anwar gagal lagi.

Persepsi antarabangsa mengenai Malaysia tidak berubah, kecuali pandangan individu seperti Frank La Rue-reporter pelaporan kemanusiaan PBB-kawan rapat Anwar, yang membuat tanggapan negatif mengenai kegagalan Himpunan Bersih 907.

Laporan The Economist, Himpunan Bersih tidak mengubah persepsi antarabangsa terhadap Malaysia, kerana menurut majalah kewangan antarabangsa itu, perhimpunan seperti Bersih adalah salah satu proses demokarsi yang perlu dialami oleh negara menuju negara maju. Menurut The Economist, negara seperti Amerikapun, mengalami protes seperti itu, dan pihak keselamtannyapun bertidak serupa.

No comments:

Blog Archive