Tuesday, June 07, 2011

Saya tak tahu aktiviti adik saya: Hishamuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kangoroo itu.

MDN itu mengaku tidak tahu menahu apa yang dilakukan oleh adiknya- Haris Onn Hussein (gambar).

Menurut akhbar The Age yang berpengkalan di Melbourne, Securency - firma teknologi kewangan - mengupah Haris pada 2009 untuk mendapatkan kontrak di Malaysia.

"Securency mengupah Haris Onn Hussein dengan harapan beliau akan menawarkan harapan untuk membolehkan mereka akses kepada, dan mempengaruhi, ahli politik tertinggi Malaysia," laporan itu dipetik.

Pada masa itu, Hishammuddin merupakan ketua Pemuda Umno dan juga menteri belia dan sukan.

No comments:

Blog Archive