Thursday, May 12, 2011

Wan Azizah juga guna Pandi Kutty

Wan Azizah mempersoalkan kenapa Perdana Menteri terasa apabila Anwar menggunakan kata-kata kesat Pandi Kutty semasa berceramah di depan kaum india pada Sabtu di Klang.

Persiden PKR itu hairan mengapa Utusan dan DS Najib melenting dengan kata-kata kesat tersebut.

Menurut Wan Azizah Anwar menggunakan kata Pandi Kutty bagi mengambarkan perbuatan rasuah, penabur fitnah dan pembunuh.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan kononnya Anwar menggunakan ungkapan bahasa Tamil itu yang bermaksud anak babi terhadap Najib.

Berasaskan kepada kata-kata kesat Anwar itu, Najib berkata-kini Anwar telah menjadi pengamal politik tak beretika dan sanggup menggunakan perkataan kesat bagi tujuan politik beliau.

No comments:

Blog Archive