Saturday, May 07, 2011

Video seks Anwar: Yang penting mengetahui pelaku seks tersebut!!

Yang penting mengetahui pelaku seks tersebut, bukanlah sumpah yang dilakukan oleh trio Datuk T.

Sumpah trio Datuk T adalah untuk menyakinkan diri mereka sendiri dan rakyat, bahawa mereka tidak berbohong mengenai video seks tersebut. Mereka menyahut cabaran pihak penyokong Anwar, kerana para penyokong Anwar mempertikai kesahihan video seks tersebut.

Walaupun pihak polis telah mengesahkan bahawa rakaman video seks tersebut adalah tulen, namun ramai para penyokong Anwar mempertikaikannya. Malah selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video seks tersebut bukan palsu, maka ada beberapa pemimpin PKR menuduh polis pula bersengkongkol mengenai pendedahan video seks tersebut.

Bagi AYT, semua itu tidak penting, yang penting adalah pelaku seks tersebut. Benar kah Anwar bukan pelakunya? Walaupun Anwar sebelum ini mengaku bahawa pelaku seks tersebut bukan dirinya kerana terdapat perbezaan antara perut Anwar dan pelaku tersebut, namun selepas video seks tersebut dimuat turun di Youtube pada 28 April lalu, hingga kini Anwar belum menafikan bahawa lelaki dalam video tersebut bukan dirinya.

Sifat berdiam Anwar, menolak ujian poligraf dan sumpah laknat, mengiyakan bahawa pelaku dalam video seks tersebut adalah dirinya.

No comments:

Blog Archive