Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas dirinya tidak menjejaskan waktu tidur beliau.
"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.
Najib menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.
Tegas beliau lagi, perbezaan pendapat boleh diterima di dalam politik tetapi seharusnya tertumpu kepada soal dasar dan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dan bukannya dengan menyerang peribadi orang lain.
"Tetapi untuk serang peribadi orang lain, itu sudah terjebak dalam kancah politik yang tidak beretika. Saya percaya rakyat sendiri boleh menilai mana-mana orang politik berbuat sedemikian. Saya tak perlu membuat ulasan lebih lanjut daripada itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan di sini, Selasa.
Perdana Menteri memberikan reaksi demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang menyerang beliau dengan gelaran tidak sepatutnya.
Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.
Perbuatan Anwar itu mendapat kecaman pelbagai pihak dengan menyifatkannya sebagai sudah panik kerana rakyat semakin bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

No comments:
Post a Comment