Saturday, May 14, 2011

Majlis Resepsi Tengku Zawyah Meriah

KUALA LUMPUR: Lebih 400 tetamu meraikan pasangan pengantin baru DatinTengku Zawyah dan Datuk Rayyan Joseph King dalam satu majlis resepsi di Hotel Royal Chulan, di sini, malam Khamis.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 11.06 pagi hari yang sama oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali yang juga merupakan wali hakim kepada pihak pengantin perempuan.

Pasangan mempelai tiba di pekarangan Taman Mahsuri, hotel tersebut pada kira-kira pukul 8.30 malam diiringi anak-anak daripada kedua-dua belah pihak.

Pada majlis sederhana tetapi meriah yang bertemakan persandingan dalam taman itu, Tengku Zawyah mengayakan busana berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo. Pada wajah kedua-dua mempelai bersinar kebahagian.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh anak ketiga Tengku Zawyah, Muhammmad Asyraf dan penyanyi terkenal Jamal Abdillah.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, isteri baginda, Tengku Azizah Aminah Sultan Iskandar, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah serta kerabat diraja Pahang.

Manakala antara rakan artis yang menyerikan majlis tersebut ialah Datuk Ramli MS, Zizie Ezzete, Sofea Jane beserta suami.

Tengku Zawyah yang juga kerabat diraja dari Kedah pernah mendirikan rumah tangga dengan Datauk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk yang kini merupakan suami penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Datuk K dan tengku Zawyah bercerai pada 2005 dan hasil perkahwinan selama 20 tahun itu mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Anas Zawawi, 24, Muhammad Adib, 21, Muhammad Asyraf, 19 dan Muhamad Aazief, 13.

No comments:

Blog Archive