Tuesday, April 05, 2011

Video sex Anwar: Wan Azizah hanya nafi sosok tubuh; rupa paras belum!!

Wan Azizah hanya menafikan bahawa sosok tubuh lelaki dalam klip video 107 saat itu, bukan Anwar, namun belum menafikan rupa paras lelaki itu.

Terlihat pada wajah Wan Azizah-ada 1001 macam persoalan. Beliau tiada pilihan melainkan menafikan lelaki dalam klip video tersebut bukan suaminya. Mana ada isteri yang akan mengakui apa yang dilihatnya itu suaminya, apatah lagi Wan Azizah merupakan Presiden sebuah parti yang berkeinginan memerintah negera ini selepas PRU-13.

Penafian Wan Azizah itu sekadar gimik politik, namun dilubuk hatinya, bagaikan menelan zadam dan sungguh terhiris. Pada wajah Wan Azizah tergambar, suatu kesedihan yang luarbiasa.

Kononnya selama sidang akhbar itu, Wan Azizah yang hanya membaca teks yang dipersiapkan, banyak kali terkedu, dengan soalan-soalan wartawan. Satu insiden yang agak parah adalah apabila wartawan bertanyakan soal jam omega. Wan Azizah malah menempalak wartawan tersebut "Kamu bukan pendakwaraya-bertanyakan soal jam".

Wan Azizah dalam usaha melindungi suaminya banyak kali terperangkap sejak tahun 1998. Suatu ketika Wan Azizah pernah berkata bahawa Anwar telah disuntik HIV. Pada tahun 2001, Wan Azizah juga pernah mendakwa-bahawa Anwar diberikan makanan yang mengandung racun arsenik. Namun semua itu tidak terbukti, kerana jika benar, lama sudah Anwar meninggalkan dunia ini.

Alahai Wan Azizah, berhentilah memberi tohaman; semua yang berlaku ke atas Anwar adalah perbuatannya sendiri. Tiada yang mempengaruhi Anwar untuk berbuat salah laku; misalnya kes sodomi II, merupakan perbuatan Anwar dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

No comments:

Blog Archive