Friday, April 29, 2011

Video seks Anwar: Kini PKR kata rambut lelaki itu bukan rambut Anwar

KINI selain rambut yang dipertikai oleh pemimpin PKR mengenai lelaki dalam video seks yang memaparkan Anwar, PKR juga menuduh polis bersengkongkol dengan BN.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau mendapat aduan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai SAC1 Isa Abdul Rahman dari Bukit Aman telah memberi ceramah kepada guru-guru di beberapa sekolah di Kelantan sejak beberapa bulan lalu dan mencemarkan nama baik bapanya itu.

"Saya diberitahu pegawai dari Bukit Aman itu memberitahu guru-guru di Kelantan bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara dan pelaku video itu adalah Anwar.

Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman," katanya.

Sementara itu, TV Selangor melaporkan gambar Anwar yang dirakam pada 22 Febuari lalu, jelas membuktikan beliau bukan pelaku dalam video lucah Datuk T yang diambil sehari sebelumnya.

Ketika membandingkan dua gambar itu pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rambut individu dalam klip video berkenaan lebih nipis jika dibandingkan dengan rambut Anwar yang lebih tebal.

Gambar yang dicetak dari laman web TV Selangor itu menunjukkan rambut ketua pembangkang lebih tebal ketika hadir ke perbicaraannya pada 22 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya tidak tahu kalau rambut Datuk Seri Anwar tumbuh dengan cepat," katanya.

Perbezaan dalam dua gambar itu mengukuhkan pendirian kepimpinan parti yang konsisten menyatakan bahawa Anwar difitnah oleh gadingan Datuk T dan juak-juak Umno untuk mendapat sokongan pengundi Melayu.

(LELAKI ITU BARU SELESAI MANDI-TETNTULAH RAMBUT JADI KEMPIS-KALAU TIDAK PERCAYA BUATLAH PADA RAMBUT SENDIRI).

No comments:

Blog Archive