Monday, April 25, 2011

Sodomi II Anwar: Memang ada Prima Facie

Pendakwa dalam perbicaraan liwat II - buat pertama kalinya - menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Lelaki Y' - pemilik DNA yang tidak dikenali sebelum ini, yang ditemui dalam dubur pengadu.

Peguamcara 11 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Anwar ialah satu-satunya orang yang ditahan dalam sel lokap pada 16 Julai 2008.

DNA itu ditemui pada tiga barangan di situ yang didapati sepadan dengan DNA yang ditemui di kawasan rektum rendah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sumber DNA tersebut sehingga ini dinamakan sebagai 'Lelaki Y'.

"Ini mengesahkan bahawa "Lelaki Y" itu adalah Anwar. Ini menunjukkan ada prima facie," katanya sambil menambah bahawa kes tersebut telah 'melampaui keraguan yang munasabah'.

Beliau seterusnya berhujah bahawa dua laporan ahli kimia bebas menunjukkan berlaku penetrasi.

No comments:

Blog Archive