Muhiyiddin berkata Rakyat Sarawak jangan tertipu oleh manifesto Pakatan sempena PRN Sarawak. Pada PRU-2008, Pakatan melalui manifesto mereka di Selangor, kononnya jika Pakatan Menanng akan memberi bantuan kepada ibu-ibu tunggal, caruman takaful RM2,500 untuk warga emas dan memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran universiti.Namun semua itu tidak ditunaikan sehingga hari ini. "Semuanya bohong, bohong dan bohong,.. tak ada pun.., kosong! Ini semua tawaran-tawaran yang mereka tidak akan mampu laksanakan jika memerintah.
"Dia nak ubah sebab nak ambil kuasa sahaja sebab itu mahu tumbangkan kerajaan. Sebab itu, BN mahukan mandat baru memerintah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan Sarawak. Kita tidak memaksa, tetapi kita yakin rakyat Sarawak akan membuat keputusan yang tepat," katanya.
Sehubungan itu, Muhyiddin menyeru penduduk di Sarawak agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan Rakyat.
"Saya berharap penduduk di negeri ini menyokong usaha yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan pelan transformasi ekonomi.
"Program-program transfromasi ini mencakupi semua bidang dan ia adalah jauh lebih besar daripada perubahan yang diuar-uarkan pihak pembangkang yang bertanding di Sarawak," katanya.

No comments:
Post a Comment