Sunday, April 17, 2011

PRN Sarawak: Kaum Cina tolak BN

UMNO perlu mengambil iktibar PRN Sarawak. Keputusan PRN Sarawak ke-10 itu telah menunjukkan dengan nyata bahawa kaum cina menolak BN.

Pada PRU-13 nanti, parti kaum cina yang bergabung dalam BN biarlah diberi kerusi yang majoriti kaum cina. Amalan yang ada masa ini ada kawasan majoriti melayu diberikan kepada MCA-Gerakan-MIC atau semacamnya, hendaklah dinoktahkan serta merta. Dengan cara itu, rakyat umum dapat melihat apa kah kaum cina memyokong parti kaum mereka yang berada dalam BN ataupun menyokong DAP.

Amalan sekarang, kaum cina tidak bimbang jika mereka menolak parti cina-BN bagi kawasan majoriti cina, kerana mereka tahu, bahawa calon cina yang bertanding dikerusi melayu/bumiputera akan disokong oleh kaum melayu/bumiputera; dengan kemenangan itu, membolehkan mereka menjadi menteri "mewakili" kaum cina?

PRN Sarawak membuktikan segala-galanya- ambil contoh bagi DUN Balingian di mana Taib Mahmud bertanding, semua saluran dimenangi oleh Ketua Menteri Sarawak itu, kecuali satu saluran-dimana pada saluran itu mempunyai pengundi majoriti kaum cina.

Banyak lagi contoh, di DUN Tenang, di DUN Merliamu-Batu Sapi saluran yang majoriti kaum cina menolak BN.

Perkongsian kuasa biarlah adil-ertinya masing-masing kaum menyumbang pada perkongsian tersebut. Fikir-fikirkan lah

No comments:

Blog Archive