Saturday, April 09, 2011

PRN Sarawak: Ceramah Pakatan dapatan sambutan?

Bagi kawasan bandar, kehadiran ceramah Pakatan dikhabarkan mendapat sambutan dibanding ceramah BN. Isunnya di sini, apa kah kehadiran itu diterjemahkan kepada undi?

Ceramah Pakatan penuh dengan taburan fitnah dan isu-isu pembohongan, mereka yang hadir ingin mendenngar isu-isu tersebut.

Sebenarnya pada setiap pilihanraya, sebelum pembuangan undi para pengundi sudah jauh hari telah membuat keputusan. Jika adapun pengundi yang swing kerana mendengar ceramah, jumlahlah kurang signifikan.

Bukti, pada beberapa PRK lalu, ceramah Pakatan mendapat sambutan baik, di PRK Tenang misalnya, ceramah Pakatan terutama para pemimpin utamanya seperti Anwar, Lim Kit Siang, Hadi atau Nik Aziz mendapat sambutan, namun selepas pengundian, kehadiran tersebut tidak selari dengan undi yang diperolehi oleh calon Pakatan.

Pada PRN Sarawak kali ini, mode para pengundi agak berlainan dengan PRN 2006, kerana pada PRN kali ini, pihak pembangkang mempunyai banyak isu yang dilontarkan kepada para pengundi. Isu Injil misalnya, isu pribadi Taib Mahmud dan isu-isu tanah NCR; banyak diputar belit oleh pihak pembangkang.

Untuk menepis isu-isu tersebut, BN perlu bergerak secara total, jangan bersandarkan pada ceramah, pergunaan jentera yang ada untuk bertemu sebanyak mungkin pengundi. Kunjungan rumah-rumah ke rumah perlu dipergiat. Adakan strategi 1-10 dan kalau boleh 1-5. Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Blog Archive