Tuesday, April 26, 2011

Kaum cina tak baca Utusan pun

Bagaimana MCA boleh membuat kesimpulan bahawa kaum cina tidak menyokong BN kerana akhbar utusan? Kaum cina tidak baca untusanpun!!

Parti MCA tiada lagi cara untuk mengembalikan sokongan kaum cina terhadap parti mereka. Kaum cina faham bahawa pemimpin MCA dalam BN hanya memperkaya diri sendiri. Bukti nyata apabila mantan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu didakwa rasuah. Rasuah yang melibatkan wang rakyat yang tidak sedikit.

Kini parti itu mengkambing hitamkan Utusan dan juga Perkasa.

Perkasa ditubuhkan selepas PRU-12!!! Bagaimana pula Perkasa menjadi menyebab merundumnya sokongan kaum cina terhadap MCA pada PRU itu??

Ketua Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie mendakwa Utusan Malaysia dan Perkasa yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan masyarakat Cina sejak 2008.Heng adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

No comments:

Blog Archive