Sunday, April 10, 2011

Desparado Anwar- Sarawak tidak akan jadi penyelamat

Anwar menghandalkan pada 49 calonnya, 15 DAP dan 5 Pas. Daripada 49 calon-calon PKR-26 berdepan dengan BN dan SNAP-parti kawan Pakatan pada awalnya, namun kerana tikam belakang PKR, akhirnya SNAP bertanding dengan sendirinya.

DAP berdepan dengan calon-calon SUPP di kawasan bandar, di mana sebelum pembubaran DAP mempunyai 6 kerusi daripada 19 kawasan majoriti kaum cina, manakala SUPP 11. Pada PRN kali ini, DAP cukup yakin akan merampas semua kerusi majoriti kaum cina, termasuk DUN Piasau, di mana Presiden SUPP Tan Sri George Chan bertanding.

Di khabarkan selepas 4 hari berkempen, hanya 3 kawasan yang ditandingi PBB berkeadaan kelabu, termasuk DUN Layar-dimana Tan Sri Alfred Jabu bertanding. Manakala, PRS dan SPDP, separuh DUN yang ditandigi parti-parti itu dalam keadaan kelabu.

Analisis peringkat awal- PBB masih boleh menang 32 kerusi, PRS 5 dan SPDP 5, manakala SUPP setakat ini adalah kosong. Jika keadaan ini berlanjutan-maka, BN Sarawak akan membentuk kerajaan tanpa kuasa majoriti di DUN- namun mengakhiri impian Anwar menguasai negeri Kenyalang.

No comments:

Blog Archive